Friday, May 25, 2012

Instagram hp case :) :)


tulisan sebenar 'INSTA" ganti dengan "ADEL" 
hehe nickname Dla dalam kalangan kawan2



Assalamualaikum.. disebabkan applikasi instagram ni semakin popular dan memang best. Jadi Dla pun saja jahit case bertemakan instagram ni. Actually kamera instagram sebenar takde pun macam ni, ini cuma logo je. Tapi dengar2 cerita ada yg nak cipta betul2 kamera instagram ni macam logo aplikasi tu. OK, sangat awesome dan Dla nak!!

ok menangis tengok TT.. nak sangat...

Sebab case yang Dla jahit ni la ramai yang pm inbox fb Dla. Ramai yang nak beli case ni dan nak order. Tapi Dla tengah exam, terpaksalah tolak. Maaf :( tapi Dla pasti lepas ni ramai buat something ikut logo instagram ni..mungkin kek, biskut, keychain dan etc.  Biasalah benda tangah popular.. :)


hp case "bubble shooter "




Assalamualaikum.. hari tu bosan punya pasal, sambil study jari ni menggatal pegi menjahit pulaks~ mata kejap kat buku kejap tengok jarum masuk betul ke tidak..alih-alih tak sengaja siap satu casing.. Ok case ni theme dia bubble shooter.. ala yang game dalam hp tu.. ok tu je nak update ^^ 




my first vintage rose..



Assalamualaikum... ok ni Dla try and error.. jadi! cuma macam serban je.. hehe.. mungkin sebab warna dan corak tak sesauai.. nanti Dla cuba lagi :)

Thursday, May 17, 2012

handmade card hari ibu ^^


Assalamualaikum, sekarang ni Dla masih dalam minggu peperiksaan akhir semester 5. Jadi banyaklah post yang tertangguh. Walau bagaimanapun Dla akan update blog Ilham Adilah ni jugak untuk simpanan kisah pada masa akan datang. Baiklah, semua orang tentu familiar dengan hari ibu kan. Nak beri hadiah, nak buat emak happy la.. Ape-ape saje. Ada yang mengatakan sambutan hari ibu ni tak baik sebab ada mengikut amalan atau pegangan agama lain. Jadi kena hati-hati ya. Kalau nak diikutkan tak semestinya dalam setahun cuma ada 1 hari tu je kita sambut hari ibu bagai nak rak. Hari-hari lain pun kita patut hargai ibu kita. Tak gitu anak-anak sekalian ^^..

Baiklah di sini Dla ada buat satu kad hari ibu. Of coz la request daripada anak untuk ibunya lah.. Ok tak? theme dia ala2 klasik. So Dla pilih warna coklat dan ada merah-merah hitam. Gambar tu pulak Dla buat polaroid style. Pada pendapat Dla sendiri, sepatutnya Dla letakkan dua gambar yang berbeza, mungkin satu lagi gambar ibunya. Jadi lebih harmoni, disebabkan tiada, so buat jela apa yang ada.

zoom in 

ni gambar kad secara keseluruhan



Baiklah itu sahaja nak share ^^.. Lain kali Dla share benda lain pulak ok.. Assalamualaikum..

iluvcrafting : Jom sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak Dla 
                        (Sariah binti Mohamad).. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...