Sunday, November 24, 2013

Sembelihan, Akikah, Korban dan Baka Biri-Biri


Assalamualaikum, Alhamdulillah dah dua minggu Dla habis belajar. Sekarang Dla masih belum bekerja hanya duduk di rumah menjadi babysitter dan membantu mempromosikan perniagaan Kak Ngah & Abg Rasid. 

Sebenarnya perniagaan ni dah lama bertapak di bawah nama Rasuria Agro Enterprise. Tapi sebelum ni kami menjual secara face to face. Atas permintaan orang awam kami baru sahaja bangunkan page di facebook agar sesiapa yang tercari-cari tentang kami adalah sumber untuk dilihat melalui internet. 

Untuk menerangkan dengan lebih lanjut, Dla mungkin tiada kepakaran dalam bidang penternakan dan yang berkaitan dengannya. Jadi cuti ni Dla cuba belajar lagi. Sebelum ni cuma tau main-main je dengan lembu kambing & ayam. hihi kalau jual produk kraf atau lain2 mungkin sedikit mudah bagi Dla, tapi bila melibatkan penternakan dan perniagaan yang lebih profesional ia memberikan Dla cabaran yang besar. 

Kepada sesiapa yang mencari lembu atau kambing untuk mendapatkan dagingnya, untuk acara korban, akikah ataupun baka dipersilakan datang ke page kami atau pun contact terus dengan kami. Inshaa Allah kami akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik. 




Kami bersedia menjual ternakan lembu & kambing untuk sembelihan akikah dan korban di Daerah Kluang,Batu Pahat, Pontian dan Pasir Gudang, Johor

Untuk keterangan lanjut hubungi 016-7006109
(Abdul Rasid bin Gimin), 017-7519118 ( Dr Isa Bin Gimin)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...