Monday, June 1, 2009

cuti dah bermula

Assalamualaikum.. rasanya dah lama dla tak menulis di blog ni, maklumlah baru selesai menghadapi peperiksaan bagi semester dua yang telah berlalu. Alhamdulillah, cuti dla sudah bermula pada 29 mei. Sekarang dah masuk hari ketiga. Perancangan dla untuk cuti semester pada kali ini agak terpesong sedikit. Biasalah "manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan". Pada cuti kali ini dla habiskan masa dengan menjaga anak-anak sedara dla. Baru dua hari bersama mereka,macam-macam karenah, kanak-kanak nak membesar memang agak sukar untuk dikawal lebih-lebih lagi dalam lingkungan usia 1 -4 tahun. Kak Rina sekarang sedang berpantang, baru dua minggu, jadi anak-anak Kak Rina dla yang jaga, menjaga Ammar dan Auny memang memenatkan tapi seronok melihat kepintaran mereka. Apapun Cik Ila sayang Ammar dan Auny. Bagi Hanef pula, rindu Cik Ila terubat bila lihat senyumannya, maklumlah dari bayi Cik Ila jaga macam anak sendiri, dah besar pun sekarang, dah semakin lincah. Ammar, Auny, Hanef dan Aina, Cik Ila dah jumpa, cuma Danial, Haziq dan Haiqal je belum. Harap cepatlah Along dla dapat balik ke kampung. Rindu benar pada mereka semua.Dla juga memenuhi cuti dla pada kali ini dengan adik-adik dla yang bakal menghadapi peperiksaan besar, PMR dan SPM. Dla peruntukkan sedikit masa untuk bersama adik-adik. Bulan enam ini dla dah berjanji nak belikan adik-adik buku-buku yang baru, jadi mestilah dla tunaikan. Rasa seronok jika dapat penuhi permintaan adik-adik. Pendek kata cuti semester pada kali ini, dla habiskan bersama-sama keluarga dla, kalau selalunya cukup payah nak berjumpa, masing-masing tinggal berjauhan dan ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Minggu depan Insya Allah dla ada reunion Tunas Bistari Syarikat Dream Team Sdn. Bhd dengan kawan-kawan. Tak sabar rasanya, dah lama tak jumpa kawan-kawan syarikat. semuanya pasti nampak bersungguh-sungguh mengejar cita masing-masing. Dla doakan kalian semua berjaya suatu hari nanti. Setakat ini, dla ada perancangan lain untuk memenuhi musim cuti ni. Tapi masih tak pasti bergantung kepada keadaan. =)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...