Sunday, June 14, 2009

Reunion Syarikat Dream Team Sdn. Bhd


assalamualaikum, pada 6 Jun yang lalu, saya telah menghadiri perjumpaan Syarikat Dream Team Sdn. Bhd..(tunas bistari)..mungkin tiada apa yang menarik, sekadar bertemu kawan-kawan lama. Kami semua mula menubuhkan syarikat ini pada tahun 2004, ketika itu saya berada dalam tingkatan empat. Tujuannya adalah memupuk minat berniaga dan melahirkan generasi yang bakal menjadi usahawan yang berjaya kelak. Untuk pengetahuan umum program ini merupakan di bawah kelolaan dan bimbingan Johor Corp. Terlalu banyak pengalaman yang berharga yang saya dan kawan-kawan lain perolehi. Syarikat kami merupakan syarikat yang terbaik dalam menyediakan laporan (pentadbiran, pengeluaran, stok, pemasaran dan lain-lain) dan telah memenangi anugerah kewangan terbaik negeri Johor. Apa yang paling best kami melepasi sasaran keuntungan kami. beribu-ribu ringgit..hehehe..xsangka usaha kami semua berbaloi. Bekas Ketua Eksekutif kami telah memberi cadangan agar kami semua menubuhkan Alumni Tunas Bistari di bawah sekolah lama kami sendiri. Sebelum ini memang ada alumni di bawah Johor Corp tapi kami nak ambil inisiatif bagi mengumpulkan bekas-bekas ahli Tunas Bistari dari sekolah kami. Insya Allah kami ada merancang, apabila kami semua ada masa terluang kami nak pergi bercuti. Tentu seronok kalau impian ni dapat direalisasikan.

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...