Saturday, August 1, 2009

Peringatan buat diriku..



“Bergetar seluruh jiwa dan jasadku Ya Allah. Kisah itu, kisah yang ku lihat dengan mata pinjaman dariMu. Mulutku terkumat kamit menyebut nama-nama suciMu. Telingaku yang mencerap puji-pujian dan keampunan hamba-hambaMu. Terasa darah sejuk mengalir ke segenap urat-urat saraf. Ketika itu, tiada apa perkara lain yang berlegar-legar dalam fikiranku melainkan tentang agamaku islam. Mataku terus tertumpu kepada kisah yang digambarkan di hadapanku, kuseka setiap butir mutiara yang ingin mengalir tapi gagal. Buatku tak mengapalah aku menagis kerana islam. Zalzalah, membuatku banyak berfikir. Apa yang terpapar sedikit sebanyak menyingkap apa yang telah lama tersimpan didalam hati. Penceritaan tentang idealogi, tentang kehidupan di dunia dan di akhirat, tugas manusia diutus menjadi khalifah dimuka bumi dan seksaan diakhirat kerana kekhilafan dan kejahilan manusia didunia dalam mentaati suruhan dan meninggalkan laranganNya”.

Ber ‘bin’ dan ber ‘binti’ belum tentu islam
Lahir sebagai islam, belum tentu mati sebagai islam..

Apa yang berlaku pada masa kini bukanlah suatu perkara yang asing buat kita. Kewujudan pelbagai ideologi membuatkan manusia kini saling mula berpecah belah. Masing-masing menegakkan pendapat dan hak masing-masing. Bercerita mengenai idealogi. Dla bukan terlalu arif mengenai perkara ini. Sedangkan Dla sendiri kadangkala binggung. Yang mana satu yang benar. Dan yang mana satu yang perlu Dla jauhkan. Bagi Dla tak salah untuk Dla mengetahui dan mendapat maklumat tentang kesemua ideologi yang disebarkan. Yang baik mungkin Dla boleh ambil, yang kurang sesuai mungkin Dla boleh jadikan pengajaran. Apa yang penting dan menjadi ketetapan adalah sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Membacanya sahaja tidak cukup, fahami dan amalkan apa yang terkandung di dalamnya. Insya Allah, kita tidak terpesong daripada paksi sebenar dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi. 

“ Diantara kudrat Tuhan Dia mencipta manusia sebagai khalifah mentadbir bumi ini,
juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi, ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa”

Bertakwalah kepada Allah. Allah meletakkan manusia sebagai makhluk yang tertinggi di muka bumi ini. Ditugaskan menjadi khalifah. Nabi Adam A.S dihantar Allah ke bumi, dan di situlah bermulanya pentadbiran manusia kepada tanah dan langit yang kita pijak dan junjung hari ini. Kita diperintah agar melakukan amar maruf nahi munkar. Mentaati Allah melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Namun atas dasar terlalu cinta nikmat di dunia, kadangkala membuatkan manusia kabur dan lupa dengan janji surga Allah di akhirat kelak. Segala isi-isi bumi yang dilimpahkan tidak digunakan sebaik mungkin dan terarah ke jalan yang salah. Sedarlah, segala apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata dan sebagai ujian buat umat manusia tentang kekuasaan Allah. Apa yang ada di dunia hanyalah sementara. Akhirat kelak tempat yang kekal abadi.


“Apa yang ada di sisi-Mu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.
Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala
yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan”
(Surah an-Nahl; ayat 97)

Syaitan beri apa yang manusia suka. Benar? Benar.. manusia suka kekayaan. Syaitan membisik jalan ke arah yang manusia kehendaki dengan cara yang salah. Manusia iri hati dengan kesenangan orang lain. Syaitan menambah supaya kaum manusia itu semakin berpecah. Manusia suka hidup bebas, bersuka ria, tiada batas antara lelaki dan perempuan, Syaitan tambah lagi dengan berlakunya maksiat, zina dan nafsu yang sukar dikawal. Kita tahu syaitan sentiasa membisik, membawa dan memesong anak-anak Adam A.S hingga ke akhir zaman. Pada akhir nanti kita sendiri mungkin akan terjerat dengan pelbagai macam permainan syaitan itu sendiri.

"Sungguh, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang
yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan."
(Surah An-Nahl ; ayat 99)

Bagi Dla, Dla perlu bimbingan dan ingatan dari sahabat-sahabat. Mungkin dengan cara ini Dla lebih berhati-hati dan sentiasa ingat Allah Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan.


"Ya tuhan kami, sesungguhnya engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan
dan apa yang kami nampakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah,
baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit."
(Surah Ibrahim : ayat 38)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...