Tuesday, September 22, 2009

Kisah Raya

“selamat hari raya maaf zahir dan batin”

Dla tersenyum memandang mesej pemberian seorang rakan yang telah lama tidak Dla temui. Lantas Dla menyambung angan, melontar pandangan yang jauh ke luar tingkap. Perjalanan hari ini sungguh memenatkan. Baru suku perjalan untuk sampai ke daerah kelahiran Dla. Keputusan secara tiba-tiba untuk pulang ke kampung membuatkan hati Dla sedikit tenang. Tenang daripada perkara yang telah mengguris hati kecil Dla. Sekurang-kurangnya di kampung, ada wajah-wajah tercinta pengubat duka. Biarpun terpaksa menanggung risiko ketiadaan tiket bas. Namun Dla gahkan jua.

Kejadian sejak seminggu yang lalu entah mengapa sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri Dla. Bukan emosi yang terganggu tetapi hati yang tidak keruan. Alhamdulillah, Dla belajar untuk menjadi insan yang lebih tenang daripada sebelum ini. Mungkin juga dengan bantuan assignment yang banyak, Dla mengabaikan segala perkara yang kurang berkepentingan. Cuba menjadi kuat, Dla memujuk diri supaya menidakkan dan menyisih jauh-jauh andaian-andaian negatif yang sentiasa ada berlegar-legar di ruang minda.

“ Ya Allah, sesungguhnya aku sedang berpuasa”.

Senyum, itulah yang menjadi penawar agar tak terlihat wajah sugul apabila berada dalam kalangan rakan-rakan seperjuangan. Namun, jauh disudut hati, ada tangisan di situ.

Lewat pukul 12.30 malam, Alhamdulillah Dla selamat sampai di kampung. Tidak jauh mana Seremban ke Batu Pahat, disebabkan menanti bas ‘lompat-lompat’ yang tidak boleh dijangka pergerakkannya, perjalanan Dla mengambil masa lebih kurang tujuh jam lebih. Terasa tenang dan cukup gembira melihat wajah abah yang datang menjemput biarpun waktu sudah lewat malam.

“Terima kasih abah, maaf anak perempuan abah ni selalu meyusahkan abah”.

Keputusan balik ke kampung secara tiba-tiba tidak diketahui keluarga Dla. Mujur abah dan mak uda tidak terkejut. Alasan Dla pada keluarga cukup mudah, tak sanggup rasanya hendak menunggu detik pulang ke kampung pada malam hari raya. Kalau mengikut tiket sebenar, rasanya terlalu lewat. Sedangkan di rumah banyak tanggungjawab lain yang Dla perlu uruskan.

Biarpun cuma dapat bertemu abah, mak uda, Fatin dan Seri di rumah. Hilang duka lara. Yang sudah berlalu biarlah berlalu. Sehari sebelum hari raya, Dla dan adik-adik sempat lagi membantu mak uda menyediakan lauk-pauk yang ditempah orang. Mak uda kata sepanjang bulan puasa ramai betul orang yang menempah untuk masak makanan. Untuk majlis itu dan ini. Terbayang juga bagaimana susahnya Mak uda dan abah masak makanan dengan banyaknya walaupun Cuma tinggal berdua. Susah-susah. Tapi itulah salah satu daripada sumber rezeki , Alhamdulillah. Dla seronoknya berada di rumah.


wajah-wajah ceria mereka..

Fatin yang semakin bijak berbelanja

tengok apa yang orang tempah..

adik yang paling cerewet

Persiapan hari raya ala kadar sahaja. Yang penting, tunaikan permintaan Fatin dan Seri. Nasib Abang Aj berkorban untuk hari raya pada tahun ini. Pening dibuatnya semasa membeli belah bersama adik-adik perempuannya yang cerewet terutamanya Seri. Terima kasih juga buat Kak Ngah yang menjadi sponsor. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Apapun buat kawan-kawan semua Salam Aidilfitri dari Adilah.


Fatin penat dengan karenah adik


2 comments:

Eric said...

ahahaha.. macam best tu raya tahun nih

adilah md shah said...

best ke?? biase je..tp buat2 best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...