Thursday, October 29, 2009

se'cute' Hanef


Assalamualaikum.. minggu depan Dla akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, sempat juga Dla mencuri sedikit masa buat kad hari lahir untuk Rashdan Hanef. Anak sedara Dla yang menyambut hari lahirnya pada 24 Oktober 2009 yang lalu.


Cik Ila tak tahu nak bagi apa pada Hanef, lagipun Hanef baru je masuk umur dua tahun. Mungkin Hanef tak faham apa yang Cik Ila bagi dan buat untuk Hanef. Apapun nanti dah besar tentu Hanef tahu, Cik Ila sayang Hanef.

Cik Ila belikan ni untuk Hanef. Besar dan sangat susah nak pasang. Tak tahulah macam mana Hanef nak pasang. Tak mengapalah, Cik Ila suruh mama simpan sampai Hanef pandai main ok.

Semoga Hanef membesar menjadi anak yang soleh buat mama dan papa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...