Wednesday, November 11, 2009

Hidayah dan ujian

Assalamualaikum..kali ini memang benar lafaz yang tersimpan. Inilah pengalaman, meskipun pengalaman Dla banyak berkisar tentang asam garam kehidupan, tapi dari situlah macam-macam yang Dla pelajari. Dalam dua minggu peperiksaan ini, terlalu banyak perkara yang Dla telan dan Dla luah. Kepada Allah tempat setia untuk mengadu. Adik-beradik juga tempat Dla bercerita segalanya terutama Kak Ngah.

Minggu pertama peperiksaan, Dla telah melepaskan sesuatu yang telah lama terkandung dalam kamus kehidupan Dla. Alhamdulillah, dua tahun dalam keraguan dan penantian. Dla temukan juga cahaya kebenaran. "Allah masih sayang" kata-kata yang sentiasa bermain di dalam kalbu. Sangat sukar untuk dikongsi, namun insya Allah kemanisannya dirasai bersama dengan insan-insan yang terdekat dengan Dla. Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri. Syukur.

Apabila kita berhajat kepada Hidayah Allah. Hidayah Allah SWT memerlukan perjuangan untuk mendapatkannya. Semakin besar perjuangan dan kesungguhan kita, maka insya Allah kita akan semakin mudah mendapatkannya, kerana semuanya tergantung kepada usaha kita. Hidayah Allah SWT ibarat sinar matahari yang menyinari seluruh alam ini, dan kita adalah penerima sinar tersebut. Jika kita membuka diri dengan hati yang bersih maka kita akan mudah untuk mendapatkan sinar hidayah Allah SWT. Tapi jika kita menutupi hati dan diri kita dengan kotoran dan penyakit hati maka kita akan sulit untuk mendapatkan sinar hidayah-Nya.

Minggu kedua peperiksaan pula menyaksikan Dla telah dikejutkan oleh panggilan telefon seorang perempuan yang mewakilkan dirinya kepada orang lain. Tanpa salam terus menerjah ke corong telefon bimbit supaya Dla tidak meletakkannya dan mencabar Dla supaya berani berkata-kata dengannya secara gentle. Dalam hati, Dla tak pernah bermusuhan dengan sesiapa. Ternyata hal yang cuba dibincangkan jauh panggang dari api. Apa kaitannya dengan Dla? salah sangka mungkin. Belum habis Dla berbicara sudah letak telefon. Takutkah? Dla tak mengharap kemaafan. Cuma mudah-mudahan hatinya diberi ketenangan dan temui jalan kebenaran. Insya Allah. Walaubagaimanapun sedikit sebanyak hati mana yang tak terguris. Namun Dla redha, peperiksaan hari esok lebih penting daripada memikirkan perkara atas angin seperti itu. Sudahlah, "Allah ada bersamaku".

Begitulah manusia, ada masanya kita diuji. Puas berdoa, bukan doa kita tidak dimakbulkan. Tapi ditangguhkan terlebih dahulu. Semuanya bersebab. Allah menentukan sesuatu perkara untuk hambanya dengan sebab tersendiri.

Ada ketika juga, kita diuji dengan sesuatu perkara yang kita tak sangka-sangka. Bersabar, insya Allah, itu didikan daripada Allah buat hambanya. Mohonlah kepada Allah agar kita tabah dan kuat menghadapi ujian tersebut.

"Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik baik dan
(
bencana) yang buruk buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)."
(Al A'raf 7:168)

2 comments:

Syazwan said...

Allah TidAk MemAkbUlkan dOa seSeoRang bUkan KerAna Allah TidAk MAhu MemBEri pErToloNGan KepAda HamBanyA.
KerANa Allah TahU wAkTu YaNg TerBaik uTk mAkbUlkAn doA kiTA dAn WakTu yaNG betUl-BetUl KitA perLukAnnYA...

InnAlLAh hA mAssObirIn....

adilah md shah said...

ya..mungkin kalau apa yang kite minta senang je dapat. kita akan jadi alpa dengan nikmat tersebut. setiap perancangan dan ketetapan Allah itu ada hikamh.. insya Allah, semoga kita semua sentiasa istiqamah..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...