Thursday, January 21, 2010

"Chomel"

Semalam Dla sangat excited menulis entri berbau kraf. Lebih kurang 11 entri. Lepas tu Dla excited lagi dan join Craftzone Malaysia. Sebelum ni Dla suka singgah web itu. Asyik berkira-kira layak ke Dla join. Alhamdulillah akhirnya blog Dla ni tersenarai juga. Jadi Dla pun nak cuba giveaway buat julung-julung kalinya. Sebelum ni pun tengok dari jauh je. Apa salahnya cuba nasibkan.

Giveaway yang Dla nampak dan terus berkenan adalah dari *Kedai Chomel* milik Anasfadilah, sechomel pemiliknya. Setelah melakukan tugas-tugas mengcopy paste banner dan jadi fan *Kedai Chomel* dalam facebook, Dla pun start nak tulis tentang hadiah yang Dla pilih.


1st time
Dla tengok "Chomel Fabric Alpahbet (A to Z)" ni teringat zaman kecik-kecik dulu. Dla suka main alphabet yang ada macam-macam colour dan design. Alphabet tu rasa dia macam span sikit. Selamat untuk mainan Dla ketika itu. Main susun-susunlah, eja-eja, dah bosan campak-campak je then hilang. Oleh sebab Dla ni banyak main, sampai dah masuk sekolah rendah pun main lagi mainan budak-budak kecik, mak Dla pun sorok semua mainan Dla. Serius tak jumpa, tak tahu mak sorok kat mana. Beberapa tahun selepas tu barulah jumpa tau. Ha nak tau tak mak Dla simpan kat mana?? Mak tanam mainan tu kat belakang rumah. Salah satu mainan yang Dla jumpa alphabet Dla lah yang macam-macam warna dan bentuk tu. Dla terjumpa tempat mak tanam alphabet tu masa Dla main pondok-pondok belakang rumah.

Jadi kalaulah Dla dapat "Chomel Fabric Alpahbet (A to Z)" ni tentu seronokkan? Macam-macam word Dla boleh buat dan lekat kat softboard tempat Dla belajar. So sweet..so chomel..! Bila terpandang je mesti ingat moment dan cerita alphabet kena tanam dengan arwah mak masa kecik-kecik.


No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...