Tuesday, August 31, 2010

Simple Quil Card + pop-up cake

 Assalamualaikum.. Minggu terakhir di kampus sebelum pulang melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) sangat memeningkan..  Kali ini Dla akan ke SK Kampung Bahru di Batu Pahat..Namun sebelum itu beberapa tugasan perlu diselesaikan dan perlu dihantar pada hari jumaat 27 Ogos 2010. Kata pensyarah Dla, tak mengapalah susah dahulu nanti baik cuti lapang fikiran dan boleh terus fokus kepada tugasan bagi matapelajaran major pula. Baiklah, berpegang kepada pepatah 'bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian'. 


Salam pada sibuk menyiapkan tugasan, serius Dla tak boleh tinggalkan hobi menggunting, menjahit, menampal  dan apa-apa sahaja berkaitan dengannya. Tambahan lagi bila tengok senior-senior Dla yang ambil kos seni buat bakul, buat topeng muka. Seronoknya! rasa macam nak join je.. Jadi sempena hari lahir Hani classmate Dla, kawan-kawan sibuk buat assignment Dla curi masa buat kad untuk Hani. Sangat simple, sekejap je dah siap.


Kono-konon nak buat pop-up cake yang comel.. Tapi jadi silinder yang bewarna-warna lagi berdot-dot.. hehe,, oklah tu.. Next time cuba lagi~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...