Tuesday, October 26, 2010

Ada apa dengan Raya 2010

**luvcrafting: post ni dah lame tertanam dalam draft okay..cerita yang sangat basi.

Assalamualaikum... lama Dla meninggalkan blog tanpa menulis sebarang entri terkini. Alhamdulillah sekarang kita berada dalam bulan Syawal yang mulia. Terlambat, namun Dla ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat keluarga, sahbat handai dan semua yang mengenali diri. 

Cuti raya kali ini dapatlah dalam dua minggu.. Insya Allah puas beraya walaupun sebenarnya Dla lebih prefer untuk duduk di rumah. Ketika hari raya inilah Dla berpeluang menemui sahabat-sahabat terutamanya yang sama-sama melalui alam persekolahan zaman kecil dan remaja. Bukan mudah nak jumpa sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri. Ada yang belajar ada juga yang bekerja. Apapun kita semua tetap sahabat.

Sama macam tahun-tahun yang lalu, Dla akan beraya di Johor. Dan setiap kali raya gambar famili tak pernah cukup korum.. hehe.. al-maklumlah adik-beradik ramai, ada yang beraya di rumah mertua, ada yang bekerja.. walau apapun kami tetap bahagia. 


SELAMAT HARI RAYA. 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
DARI ADILAH DAN KELUARGA BUAT SEMUA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...