Wednesday, February 23, 2011

Rama-rama terbang merata, sungguh cantik di awangan...

pandangan bahagian hadapan
Assalamualaikum.. alhamdulillah hari ini kelas Dla berjalan lancar walaupun awal-awal pagi Dla dah jatuh dari tangga T_T sangat sakit! Mula-mula berlagak cool.. konon tak sakit tapi lepas tu ha sendiri la tanggung. Menangis guling-guling pun bukan sakit tu pergi main jauh-jauhkan. Kawan-kawan dah tergur-tegur "adel (nama dengan kawan-kawan) macam moody je hari ni" lalu si Adel pun menjawab "eh, takdelah ok, cuma sakit je".Smiley

pandangan bahagian belakang
Orait, ni Dla nak share felt keychain jahitan oleh Aisah, tapi Dla yang tolong gunting. As a newbie dalam dunia felt, Aisah memang nak belajar macam-macamlah pasal felt ni. Sangat bagus Dla pun tak kisah kalau orang nk belajar dengan Dla. Tapi mesti sungguh-sungguh tau. Ni Aisah jahit special untuk mama. 

Tiba-tiba Dla teringat lagu rama-rama masa zaman budak-budak sekolah dulu..

Dari ulat jadi kepompong
Duduk tidur dalam kelongsong
Cukup masa kepompong pecah
BOoom!!
Jadi rama-rama yang indah
Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik di awangan
Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama....

Big Smileys

Okay dah cukup untuk hari ini, Dla nak siapkan PPT untuk subjek Pengurusan Bilik Darjah, kena bentang esok. Tata kawan-kawan.

2 comments:

Sky Before Pinky said...

wah... teringat lagu tu masa tabika.. hehe.. lagu labah2.. ishhh

adilah md shah said...

ingat lagi lagu ni kan.. antara lagu yang popular masa kecik.. menyanyi siap buat gaya2 lagi.. hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...