Saturday, March 12, 2011

ini cerita PBS 3 episod 1 a.k.a bercuti boleh ??

Assalamualaikum, diam tak diam dah sampai masanya student IPG especially yang batch Dla nak pergi buat PBS (Pembelajaran Berasakan Sekolah a.k.a Percutian Bersama Sahabat) bak kata Nurhidayah a.k.a YayaParanoia. Destinasi pilihan Dla kali ini adalah sebuah sekolah di daerah Kuala Lipis, Pahang. 

Pelakon-pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama PBS kali ini

-Adilah (of course me)
-Nurul Nazifah
-Suraya Hani
-Nurhidayah
-Nadia Shahira
-Nursyafiqah
-Nurashikin
-Nurul Janah
-Nurul Solehah

Sekolah yang Dla dan 9 orang classmate Dla akan pergi adalah Sekolah Tanjung Gahai. Sekolah ini boleh dikategorikan sebagai sekolah yang terletak di kawasan pendalaman jugak sebab kawasannya agak jauh ke dalan hutan dan merupakan sekolah kurang murid. Mula-mula nak pergi sekolah ni rasa excited sebab dengar macam-macam cerita tantang sekolah ni. Selain kawasannya yang dikelilingi hutan, tempat ni jugak susah nk dapat bahan-bahan makanan, sumber air pula dari bawah tanah, kena pam. Susah nak keluar untuk dapatkan bekalan makanan atau barang-barang keperluan lain. Kalau nak keluar pun bukannya dekat, jauh sangat.

5 Mac 2011
Perjalanan kami bermula dari Kampus Raja Melewar terletak di Seremban kan. Kami bertolak ke KTM dan seterusnya ke Bandar Tasik Selatan. Penatnya tak usah nak cakap. Menggigil kepala lutut serta sistem-sistem badan. Beg-beg berat ya amat. Macam nak pergi hiking ok. xcaya???? ha tengok sendiri......

video

Baiklah, sambung cerita lagi. Kami meneruskan perjalanan dari Bandar Tasik Selatan then naik Rapid KL ke Titiwangsa. Then Pekeliling naik bas dan terus ke Kuala Lipis.. Yea sampai!! 

makan dulu kat Pekeliling ala-ala isi minyak buat tenaga nak sambung perjalanan sambil mengangkut beg-beg yang berat

Dla sempat jumpa abg  Dla dengan kakak ipar sekali sebab rumah mereka kat Kuala Lipis. Kami menginap di Kuarters IPG Tengku Ampuan Afzan, pada sebelah petangnya kami semua pergilah berjalan-jalan kat IPG Tengku Ampuan Afzan. Sangat cantik! Jealous ok. Tak nak cakap lebih-lebih nanti student IPG Tengku Ampuan Afzan bak kembang semangkuk. Kalau buat photoshoot kat situ memang agak kelas.




  
6 Mac 2011
Orait, ha ni dah keesokan harinya hari ahad tau. Siap-siap packing ni sebab kami semua akan tinggal di rumah warden SK TG. Gahai. Kalau nak tahu SK TG. Gahai ni ada asrama tau. Kami yang berjumlah 9 orang ni kenalah cabut undi siapa yang kene pergi ke rumah warden untuk mengemas apa yang patut dan half lagi kena berangkat pada keesokan harinya sebelum waktu sekolah bermula. Al- Maklumlah ramai sangat, kekangan kenderaan tak cukup space. Tambahan pulak kami bawak banyak barang-barang makanan basah, dan kering, dapur gas yang pakai gas botol tu, toto, bantal, selimut, selain beg-beg yang penuh dan berat +++ asssingment yang menggunung.  Macam-macam kami bawak sebab bila dah kat sana susah nk dapat barang dan banyaklah kekangan. Dah rupa pergi camping dan hiking ok.

"The LOttery"

Antara barang-barang yang wajib ada +++


Video ni Dla rakam sikit masa kami dah nak sampai ke SK TG Gahai. Jalan ke sana sangat jauh, ke dalam bersimpang siur berbukit-bukit. 

video

Iluvcrafting : Nantikan sambungan cerita PBS dari 7 Mac-11 Mac 2011.. dengan pic dan cerita yang lebih menarik :)

2 comments:

Anonymous said...

hallu..sory.nak tanye..mcmmna prjalanan ke IPG Kampus Raja Melewar dr KL Sentral?bole bagi sdikit panduan. saya plajar bru yg akan masuk mndaftar mnggu ne.dr tg.malim perak.thanks.

adilah md shah said...

owh hye ^^ boleh tak ade masalah... dari kl sentral.. ambil LRT ke KTM Seremban.. sampai di stesen KTM seremban boleh ambil teksi ke IPG Raja Melewar.. itu je :) perjalanan lebih kurang 15 minit kalau tak jam.. selamat mendaftar ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...