Sunday, July 22, 2012

cerita cuti lepas :)

Assalamualaikum, ha baru nak type sekarang. Al maklumlah internet tak berapa nak laju. Tapi nak jugak selitkan moment masa cuti sem yang lalu. Tak adalah pergi melancong sana sini, sekadar buat aktiviti dalam lingkungan yang dekat-dekat sahaja. 

Masa cuti hari tu banyak duduk rumah tolong abah dengan makde je. Lepas tu main la dengan adik bongsu (main?? dah habis sekolah kot hehe). Kalau abah sibuk, tinggallah Dla dengan adik seri je kat rumah. Cuti hari tu abah hantar Dla dengan adik join KOR TANI. 

 

Ha pernah dengar x? kalau mak ayah yang aktif bertani, menternak dan sewaktu dengannya lepas tu ada collaboration dengan Peladang mesti tau kot. Dia lebih kurang macam badan sukarela la, angkatan tani, means kena ikut kursus BTN la , ala-ala PLKN la, kena kawad dan apa-apa je la, kira ada modul sendiri la. Mula-mula tu Dla macam tak nak, tapi dah abah yang offer nak tak nak kena patuh. hehe~ :p so bermulalah seminggu ulang alik ke Peladang Parit Raja untuk latihan kawad. Mula-mula ingat kawad je so tak ada masalah sekalinya dah last minute baru tau jadi ahli sukarelawan ni, dah terkaduk, mesti abah saje tak nak bagitau, sebab biasalah kalau benda yang takde kaitan dengan kampus ni kalau boleh tak nak join. Ni kira kes paksa rela la ni. Nasib baik adik pun terkaduk sekali hehee so ada geng.

Kebetulan ada Expo pertanian sekali berlangsung kat tempat yang sama, abah amek booth jual barang2 makanan dan pertanian. Dla dengan adik pun tolong-tolong la apa yang patut macam pack makanan ke, jaga booth, apa-apa jela. Penat memang penat tapi syok jugak. Guess what? semua orang ingat abah ada anak kembar sebab muka Dla dengan adik memang seiras. Dari acuan yang sama haruslah seiras hehe :)





Masa expo tu adalah buat macam-macam contest, tapi yang menarik perhatian ada dua, 1. Pertandingan kek batik Sarawak. 2. Pertandingan gubahan sirih junjung. Suka sangat benda-benda yang kreatif ni. Dla ada snap semua tapi yang larat nak masuk blog ada la beberapa je. 

 

 

 



 


Minggu terakhir sebelum balik kampus pergi rumah paklong kat Pahang. Dah banyak kali pergi pahang tapi ni first time pergi kenduri kat Pahang. Macam lain sikit la. Sebab selalu kalau kat Johor ada kenduri kahwin, malam dah start masak dah. Kat Pahang ni pagi-pagi majlis tu baru masak, fikir sempat tak sempat je tapi laju mak cik2 pakcik2 orang kampung buat kerja. Pukul 11 settle semuanya. Fuyoo~

 
 
 


Lepas tu duduk je kat rumah tolong abah dengan makde kutip cili sentil. Banyak sangat-sangat, nak patah pinggang tapi seronok. Kalau la cili tu sedap macam strawberry or anggur kutip masuk mulut jawabnya.


adik cakap "ini bubu' hehe ladybird bertukar nama

ok geram tengok cili ni.. rase nak makan- makan.. nasib baik cili


ni masak telur pindang, orang tempah. selalu kat Johor telur pindang ni fofular sangat-sangat especially kenduri kahwin la.. dan rasanya memang berbeza dan sedap dari telur rebus biasa. Tak expert pun buat ni, just tolong angkat-angkat je hehee..abah dgn makde yang buat..


lambat sangat nak angkat, so angkat pakai tangan je, panas ok ~

Ok tu saje cerita cuti semester kali ni. Tak ada yang daboom pun tapi rasa seronok :) sebelum balik kampus packing macam-macam, bahulu gulung kawan makde buat, sebalang biskut raya (padahal raya lama lagi), kerepek pisang makde buat, lagi ape ek.. hissh~ oklah Assalamualaikum :)


iluvcrafting : saat yang menyeronokkan dan membahagiakan perlu diraikan especially bila ia berkaitan dengan keluarga. serius! walaupun orang tengok biasa2 je tapi hanya kita yang melaluinya akan rasa best!!


No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...