Tuesday, December 11, 2012

Lantera Cendekia Mula Menyala 2


Assalamualaikum.. masih ingat tak lagi ada entri yang pernah Dla update dulu, entri yang bertajuk  Lantera Cendekia Mula Menyala .. Baiklah ini sambungan kisah Lantera Cendekia Mula Menyala (LCMM) yang lebih menarik. Alhamdulillah setelah menjadi Johan Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Negeri kami bersiap sedia melangkah untuk ke pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Kebangsaan 2012. 


Terlalu banyak perkara kami kongsi dan lakukan bersama-sama. Tambahan menunggu tarikh pertandingan akhir, semua sibuk dengan peperiksaan, kursus, dan sebagainya. Akhirnya pertandingan tersebut secara rasminya diumumkan jatuh pada 8 & 9 Disember 2012. OK pada tarikh berkenan kumpulan LCMM tengah cuti! Alhamdulillah so tak payah buat latihan sampai kena skip kelas. Cuma payah sikit kena korbankan cuti dan nak kumpulkan team LCMM dari tempat yang berbeza.

Sebelum pertandingan tu kami banyak juga lalui macam-macam perkara. Kami bertujuh, memang diakui  mempunyai kepakaran masing-masing. Tapi ada juga perkara yang kami perlu pelajari dengan pantas semata-mata untuk pertandingan ni. 

owh ye.. kami sempat buat show untuk Bulan bahasa kebangsaan.



Make up
Serius, antara kami bertujuh tak ada seorang pun yang sangat2 expert bab make up orang ni. Termasuklah Dla sebagai seorang perempuan. hehe.. sebab Dla pun tak suka nak make up. Kami bermula dengan try & error. Conteng jela muka para pengkisah tu sampai jadi seperti yang diingini. Kalau tak jadi kena la padam semuala, buat baru. hehe Bukak tutorial kat youtube, belajar lagi, banyak spend duit kat alat-alat make up. haha.. one of kiteorang punya crew, Fahmi student Pendidikan Seni Visual tau. So fahmi yang dah biase main warna kat kanvas secara automatik guna kemahiran dia kat muka. Siap guna berus kaler.. haha~ tapi memang menjadi. Kira kami belajar dan akhirnya menjadi, habis je pertandingan n semua orang dah ada basic nak make upkan orang dan tau la nak main colour kat muka.. hehe :)





Props
Props ada yang kami tempat dan ada jugak yang kami buat sendiri, contohnya macam Big Book yang merupakan props yang paling utama dalam penceritaan kami. hanya menggunakan kertas surat khabar yang lama, tebal2 dan gam banyak2. Masa pertandingan kat negeri kulit buku pakai mounting board yang di basahkan, warnakan dan jemur. Siap kakSuria kata pernah tak sengaja buku tu kena hujan, jemur balik sampai kering. At last buku tu jadi betul2 usang, klasik dan penuh misteri..hehe.. Tapi untuk kebangsaan ni upgrade sikit pakat sampul yang berserat-serat macam kulit pokok. Lebih nampak klasiknya, siap tertumpah air kat atas tu, terus jadi ala-ala vintage. Untuk buku-buku dalam rak buku, pada pertandingan negeri kami gunakan buku betul, so azab jugak nak mengangkut ke hulu-ke hilir. Buku tebal-tebal dan banyak, of course berat. So untuk kebangsaan, kami guna kertas warna yang dilipat, lekat, dah ditampal tajuk buku dan sebagainya. Mudah, ringan dan nampak real. 





Pengolahan cerita "Dialah Pemukul Rebana Kalbu"
Baiklah, kat Malaysia ni semua orang pernah dengar nama Za'ba kan, tapi berapa ramai yang betul-betul tahu tentang kisah hidup Za'ba, sumbangan-sumbangan, dan pengikhtirafan yang Za'ba dapat. Ia merupakan sari cabaran bagi team LCMM sebab sejarah dan kisah hidup Za'ba kalau dikaji dengan terperinci sangat kurang maklumatnya dalam internet. Jadi untuk merealisasikan cerita ini dengan lebih baik, benar dan membongkar lebih banyak tentang hidup Za'ba, kajian dibuat lebih kurang 2 bulan di Muzium Negeri dan Teratak Za'ba. Tapi tau je la kat dalam tempat-tempat macam ni tak boleh nak ambil gambar, apatah lagi nak bawa bahan-bahan yang kami perlukan keluar dari tempat tersebut. Nak tak nak kena olah dalam cerita yang dikisahkan. ada jugak kami dengar dan kaji video-video talk tentang Za'ba.. Berjumpa dengan penulis-penulis yang pernah menulis tentang Za'ba. Dari segi gambar-gambar bukti, kami cari jugak. 

Tak sihat
Seminggu sebelum pertandingan kami team LCMM semua dah berkumpul untuk buat latihan dan sediakan apa yang belum lengkap. Masa tu Kami semua tak sihat, agaknya berjangkit-jangkit. Demam, batuk, sakit tekak, yang tak boleh makan pun ada sebab tonsil bengkak. Kami asyik ke farmasi je, beli ubat. Memang ujian betul masa tu, sebab banyak lagi bahan-bahan visual, media dan audio yang belum selesai .Kesian hanafee buat video dalam keadaan sakit, render video berjam-jam. Syafiq sakit tekak kuat berlatih, betulkan tone dan skrip, buat poster, Saiful asyik betulakn audio dan buat penambahan. Dla pulak settlekan flipbook. buat banyak bak up ada yang kompilasi dan pecah2 sebab nak selitkan dengan video. Guess what? flipbook & video tu baru try & error pada malam sebelum pertandingan. Memang la kecut perut kalau jadi ape-ape. Atas kerjasama dan semangat gigih, sakit-sakit pun berjaya siapan. 

Sesat?? dan pertukaran tempat
Ha alkisah, masa kami bertolak nak ke Kuala Lumpur, kami berpecah dua. Ada naik kenderaan persendirian. Ada yang bersama-sama pengiring negeri yang kami wakili. Kami yang ikut kenderaan pengiring ni boleh tersesat, GPS pun pakai handphone je. Hujan lebat sangat-sangat dan jalan jam. Alhamdulillah sampai jugak walaupun dekat maghrib masa tu. Dan kelam kabut jugak bila lokasi tempat kami menginap baru tahu ditukar. Nak mencari satu hal. Tapi Alhamdulillah semua selamat. 

Dalam tempoh seminggu sebelum bertanding tu, kami ke Teratak Za'ba untuk photoshoot dan buat rakaman promo cerita "Dialah Pemukul Rebana Kalbu" ni. Lepas tu kami ke RTM Melaka buat preview cerita ni. Banyak komen, dan agak pening la jugak. Bila dah dekat nak bertanding suasana tu semakin tegang, rasa jugak semua orang agak tertekan tapi try to be ok. Nak berentap dengan 15 pasukan dari seluruh Malaysia dan kita masih tak tahu apa yang bakal berlaku. Apa yang penting buat yang terbaik, berdoa dan tawaakal. Kami percaya, kejayaan yang setimpal akan datang berdasarkan usaha dan kerja keras kami. Susah-susah dulu In Shaa Allah berjaya kemudian.


Dari kiri : Hanfee, Fahmi, Nor Suria, Syafiq Aiman, Thaqif, Saiful, Adilah (Dla)


iluvcrafting: ehem... ehem.. bersambung untuk cerita LCMM yang superb.. kami Johan Pengkisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2012 :) Alhamdulillah.. 

**cerita dan gambar kejayaan pada entri berikutnya..




No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...