Wednesday, May 6, 2009

masa itu emas....emas itu berharga..so masa amat berharga

Hari ini dla nak share dengan sahabat tentang masa..selalu orang merungut tak cukup masa, tak sempatlah, padahal Allah Maha Adil, semua orang diberi 24 jam satu hari..

Dla bukan nak share tips2 untuk alert pada masa tapi nak share tentang masa berdasarkan surah Al-‘Asr…

* Masa (link dengan surah Al- ‘Asr)

“ demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”

kalau kita baca potongan ayat kedua dalam surah ini. Terdapat dua huruf yang

mengukuhkan struktur ayat ini.. huruf pertama “INNA” dalam ayat ini bermaksud “sesungguhnya” dan huruf kedua “LA” pula merujuk memanglah manusia ini dalam kerugian..

berdasarkan dua huruf ini ia membuktikan manusia ini dalam kerugian kecuali golongan-golongan tertentu seperti yang dinyatakan dalam ayat yang seterusnya dalam surah Al ‘Asr.


* Siapakah golongan yang beruntung itu?


Golongan yang beriman kepada Allah

Ini merujuk kepada golongan yang yang akidahnya adalah akidah yang benar-benar kukuh, tidak memasukkan unsur-unsur syirik dalam diri. Baginya hanya Allah segala-galanya, yang wajib disembah dan tempat memohon pertolongan.



Golongan yang beramal dengan amalan-amalan yang soleh

Golongan yang mengajak kepada “amal ma’ruf nahi munkar” serta mendidik diri untuk melakukan amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila melihat kemungkaran, mereka berusaha untuk merubahnya.



Golongan yang berpesan-pesan dengan kebenaran

“agama itu adalah nasihat-menasihati” tanamkan dalam diri mengamalkan sikap nasihat- menasihati antara satu sama lain. Lakukan tindakan yang sewajarnya.



Golongan yag berpesan-pesan dengan kesabaran

Kini banyak cabaran/tribulasi yang melalaikan dalam membuat kebaikan. Jadi kite haruslah bersabar demi mencapai redha Allah. Walaupun bersusah payah di dunia ini percayalah di akhirnya kite dapat merasai kemanisannya..

Lastly… nasihat dari dla...macam tak berkaitan dengan masa pun. Tapi xpelah..

“Pujuk dan didik diri kita untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Takkanlah kita nak biarkan rumah Allah tu kosong… kadang2 Cuma satu saf , 2 saf tapi itu pun jarang2 penuh. Tetapkan pendirian, kita boleh solat berjemaah 5 waktu. Ringankan kaki melangkah bagi mengimarahkan rumah Allah.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...