Wednesday, May 6, 2009

kerja itu ibadah

“ masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan”

Kita Islam, kita mesti jadikan diri kita setiap hari bangun dari tidur sehingga kita pejamkan mata dengan cara Islam, pakaian kita cara Islam, percakapan kita cara Islam..begitu juga dengan kerja. Kerja merupakan suatu kewajipan ke atas semua umat Islam. Dalam rukun Islam mewajibkan umat Islam mengeluarkan zakat. Hal ini menjadi penyokong kepada kewajipan kerja dalam Islam. Dengan kerja yang halal, kita akan dapat rezeki yang halal. Dari situlah sumber untuk mengeluarkan zakat juga boleh didapati.

“ Belajarlah seolah-olah kita akan hidup selamanya
dan beramallah seolah-olah kita akan mati esok hari”


sejauh manakah Al-Quran membicarakan tentang kerja?

320 kali (amal)
61 kali (Al-Kasb) memperoleh pendapatan

rahsia kerja itu ibadah : jangan jadi pak turut

“ aku mengikut orang ramai, kalau mereka baik,
baiklah aku , kalau mereka tak baik maka aku pun tak baik”

sebaliknya:

“ hendaklah kita bersikap kalau orang ramai baik,
aku akan ikut menjadi baik, kalau mereka tidak baik, aku akan jauhi mereka”

ikut tips ini…Insya Allah amal (kerja) yang kita lakukan sebagai ibadah..

 Beri salam dengan mengucapkan “assalamualaikum”
 Mampu menjauhkan diri dari ucapan atau perbuatan yang keji
 Sentiasa merendahkan suara apabila berkomunikasi dengan orang lain
 Mampu menolak kejahatan dengan memberi kebaikan dan memberi kemaafan
 Mengamalkan sikap berlemah-lembut dengan rakan-rakan, pembantu, anak-anak, isteri atau murid-murid apabila mereka lalai menunaikan tugas yang diamanahkan.
 Bagi yang berpangkat tinggi, merasa rendah diri apabila makan beramai-ramai beralaskan lantai
 Tidak merasa rendah diri bahkan gembira bila berada dalam satu pasukan dengan pekerja bawahan.
 Tidak rasa senang dipuji berlebih-lebihan atau di hina.
 Tidak mengucapkan kata-kata yang kasar, keji dan menyakitkan walaupun ketika bergurau senda.
 Dapat menahan diri dari mengucapkan kata-kata buruk dan melakukannya
 Sentiasa bermanis muka
 Menjaga pertuturan dan menggunakan kata-kata yang elok dan manis
 Menyayangi semua makhluk termasuk manusia dan binatang
 Menghindari sifat kedekut
 Bersegera ke masjid untuk solat berjemaah setiap waktu
 Menahan diri dari perasaan marah dan dendam
 Sentiasa membaca Al-Quran, memahani dam mentadabburkannya juga mendengar bacaan orang lain.
 Mampu mengatakan hak hatta terhadap diri sendiri
 Bersabar dan memaafkan gangguan juga cercaan orang lain.

Akhir kata dari dla………
“ setiap ayat Al_Quran yang diturunkan, anggaplah ia sebagai surat-surat dari Allah.. berinteraksi dengan Al-Quran, bawa diri kita untuk menghayati dan merasai setiap ayat-ayat Al-Quran yang terkandung nasihat-nasihat untuk diri kita”.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...