Monday, June 22, 2009

award persahabatan


assalamualaikum..terima kasih kepada Yaya..sahabat blog Dla dari Blogger Addict...
Yaya kata copy and paste award ni dalam blog Dla dan cerita serba sedikit tentang persahabatan.

persahabatan.. Dulu Dla cuma bersama-sama sahabat-sahabat Dla cuma di sekolah sahaja. Selepas waktu persekolahan tamat setiap hari, Dla duduk di rumah sahaja susah nak keluar, di rumah sunyi, cuma bertemankan kucing-kucing yang Dla ada. Tapi itu tak bermakna Dla tak ada sahabat karib. Sahabat karib itu tetap ada. Dla mula bersahabat baik dan betul-betul dikelilingi sahabat apabila Dla sudah tamatkan persekolahan dan menyertai PLKN K5S2..ketika itu susah senang cuma sahabat-sahabat yang ada di sisi. Tak kira apa bangsa sekalipun kami semua berkongsi. seronok, pengalaman yang tak dapat Dla lupakan. Sekarang, di IPG. Tinggal bersama-sama sahabat yang baru dikenali memang agak kekok buat Dla pada mulanya. Lama-kelamaan Dla mula mempelajari sesuatu tentang persahabatan. keikhlasan sahabat itu dapat dinilai ketika susah atupun senang. Insya Allah Dla kini lebih matan dalam menilai permata dengan kaca, yang menberi manfaat atau penyesalan.

"Ya Allah kurniakanlah daku sahabat-sahabat yang beriman,
beramal soleh dan sahabat yang membimbingku ke arah jalan
yang diredhaiMu Ya Allah, Amin.."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...