Sunday, July 5, 2009

Debat Kepenggunaan


assalamualaikum..pada 18-21 Jun 2009 yang lalu Dla dan beberapa orang sahabat Dla menyertai Debat Kepenggunaan (FOMCA) yang berlangsung di UTHM, Batu Pahat, Johor. Oleh kerana sebab-sebab tertentu, Dla menyertainya tanpa ada persiapan dari segi mental dan maklumat. sebanyak 26 usul yang disenaraikan, tetapi tak semua usul diperdebatkan kerana undian usul dibuat oleh pihak juri. Satu usul diundi untuk semua persidangan yang serentak. Ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat Dla kerana ini merupakan kali pertama Dla menyertainya Debat Kepenggunaan, sebelum ini Ipg Dla hantar peserta lain. Banyak pengetahuan yang Dla peroleh. Sebanyak 41 IPTA,IPTS dan IPGM yang menyertainya. walaupun pasukan Dla kurang bernasib baik, tapi ini merupakan tangga pertama buat Dla bagi terus menceburi bidang pengucapan awan di peringkat yang lebih tinggi. Insya Allah. Terima kasih buat senior-senior Dla yang memberi tunjuk ajar, Syafiq Aiman, Syafiq Hushim dan Kak Suria.

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...