Thursday, August 20, 2009

Rindu? Celaru?

Jam dah menunjukkan pukul 3.04 pagi. Latihan biology yang dibekalkan Pn Hartini semalam masih lagi berbaki 25 soalan. Letih minda mungkin. Itu sahaja yang boleh Dla katakan pada diri sendiri. Sejak beberapa hari yang lalu, semangat Dla seolah-olah diragut sesuatu. Sahabat Dla berkata, Dla penat, tak cukup rehat. Penat? apalah yang Dla kerjakan sampai penat. Mungkin..dilahirkan sebagai individu yang tak sudah-sudah berfikir selagi belum menemukan jalan penyelesaian, beginilah.

"Ya Allah berikanlah aku ketenangan, ketabahan, buangkanlah sifat-sifat mazmumah dalam diriku"

Lesu, belum pun habis kisah semalam, cerita baru bermula. Itulah manusia, hidupnya bagaikan roda. Setiap detik tak henti berputar. Baru lima minit gembira, lima minit seterusnya bersedih.

"Abah, Ila geramlah dengan dia tu". Selalu ambil kesempatan. Dia tak tahu Ila bersusah payah. Tak Adil macam tu. Macam mana Ila nak hormat kalau orang tu tak hormat pada kita. Ila pun ada perasaan".

"Sabar Ila. Dulu boleh sabar, boleh tabah. Kenapa sekarang tidak? Biarlah, yang penting Ila buat kerja niat kerana Allah. Insya Allah nanti Ila akan rasa tenang dan dipermudahkan dalam urusan". "Ila balikkan minggu depan, Fatin dan Seri pun balik nanti".

Senyum, terpujuk hati Dla. Dla memang kalah kalau mendengar apa sahaja yang dituturkan abah. Abah memang pandai membuat keadaan Dla kembali normal. Meskipun seketika. Tapi itupun cukup. Selebihnya biarlah Dla cuba memotivasikan diri sendiri. Ya! teringat kata-kata "Dulu boleh sabar, boleh tabah. Kenapa sekarang tidak? ..

Jasad di sini, rohku? "Nak balik!" hati kecil Dla meronta mahu pulang. Mungkin di sana, di kampung. Semangat Dla akan pulih semula. Tatkala dapat mengucup tangan abah, menatap wajah kakak abang dan adik. Solat berjemaah dan menjalani ibadah puasa bersama walau seminggu cuma. Di sini terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. "Tunggu Kak Ila balik ya"...


D

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...