Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhanku


Assalamualaikum. Pertama kali Dla berpuasa (1 Ramadhan) jauh dari keluarga. Dla terfikir, ada hikmahnya, keinginan menjalani ibadat puasa ramadhan secara bersendirian termakbul. Alhamdulillah. Dla ingin menghayati Ramadhan itu sepenuhnya.

Bilik-bilik bersebelahan kosong. Blok kediaman Dla sunyi, penghuninya satu persatu pergi. Pulang ke kampung. Dla tersenyum, memikirkan sahur dan berbuka seorang diri. Solat tarawikh malam petama, Dla tidak keseorangan. Masih ada muslimin muslimat senang melangkah ke rumah Allah. Malam itu, Dla ditemani dua orang muslimat. Alhamdulillah, setiap saat amat berharga. Terlalu banyak pengisian yang kami kongsikan. Saling bertukar-tukar pendapat, berdebat dan memperkukuh diri sebagai seorang islam yang hidup dalam arus duniawi yang membuatkan hati mudah goyah. Konklusi diakhir pertemuan kami, ukhwah itu indah kerana Allah. Pencerapan yang berkesan untuk Dla. Banyak yang perlu Dla pelajari, terasa jahil. "Ya Allah kerdilnya aku disisiMU".

Pagi, kali ini Dla memang bersendiri. Hujan lebat, sejuk menusuk-nusuk. Kurang sihat sejak waktu sahur tadi. "Ya Allah mudah-mudahan diberi kekuatan menjalani ibadah puasa hari ini dan hari-hari seterusnya".

Dla baca artikel mengenai Uwais Al-Qorni Sedih, entah kenapa pula Dla berasa sedih membacanya. Hadiah pentarbiyahan melalui penulisan. Satu lagi, perencah motivasi You and I see Ukhwah fillah..manis..Terima kasih Mas.

Nun jauh sayup-sayup suara si cantik Seri. Menanti kepulangan kakak. Kata Seri ada "suprise" kat rumah. Berbunga-bunga hati Dla mendengarnya. Bertandang kerinduan pada wajah-wajah insan yang sudah lama tidak Dla temui. Dla akan pulang nanti.

Mudah-mudahan Dla dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Pengisian itu penting buat Dla dalam proses mentarbiyah diri ke arah yang lebih baik dan mencari cinta Illahi. Istiqamah Adilah. KUAT! Insya Allah.

2 comments:

Mastura MY said...

salam rindu dan sayang kerana Allah...

moga terus sihat selalu :)

adilah md shah said...

salam rindu dan sayang dla juga untuk mas kerana Allah.. Alhamdulillah.terima kasih atas teguran..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...