Monday, August 24, 2009

Tinta dari akal dan hati

Tintaku rosak kerana hati
Akalku seolah-olah mati
Mengharap secebis ilham bertandang
Memenuhi ruang-ruang kosong tak bergantung

Rosaknya tinta kerana menulis
tidak bersertakan hati

Tintaku dari akal
Aku tidak pernah lupa hati
Adunan melakar sebuah penulisan
Namun mati akal
Jika hati menutup segalanya

Menerwang jiwa ketika mengalun bait2 garis tinta
Hingga tidak menyinggah seperti hendaknya hati
Kerana jiwa rosak tinta
Dek lewa dan keruan

Ilham...aku perlu
Pengisian jiwa-jiwa kosong
Sayangnya..
Aku terbang tak berarah..
Penantian
Mencari penawar
Agarku bisa menyebar tarbiyah..

Kembali menyeru jiwa
Melaraskan benak
Menyasarkan kehendak
Maka tintamu kan betul berlari menerwang
seluruh maya ilmu mana yg kamu inginkan..

Bagaimana jika tintaku berdasarkan hati semata
Nilainya tentu tak berharga
Kerana tintaku untuk mendidik
Bukan menyemai angan yang tak berkesudahan..

Hati buatan tuhan
Dalamnya penuh dan emosi
Tinta tak berharga kerna ketiadaan hati yg ikhlas
Mengongsi emosi dan apa yg dipelajari
Keberkatan itu tertinggal tadinya

Terbit sesuatu hasil perkongsian

Supaya akal tidak menganggap semua orang itu mati hatinya

Akanku cipta buat peringatan
Tinta dari akal dan hati..



P/S: Terima kasih UP




4 comments:

Iqakiko said...

sendiri buat ke sajak ni..bagusnye..:)

adilah md shah said...

salam..ye..ilham tercetus dari kisah benar dgn seorang sahabat..=)

Anonymous said...

sesungguhnya buat sajak panjang berjela-jela membazir masa wahai kakakku.... biar ringkas asal BERMAKNA...

adilah md shah said...

>> kurang asam punye adik..xpaham jiwa kakak betul..ish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...