Saturday, September 12, 2009

Galakkan wanita ke masjid. Bolehkah?




" Malam ni nak solat tarawikh di masjidlah"
" Ala perempuankan tak digalakkan ke masjid,
solat dirumah jela. Nanti fitnah kalau perempuan
pergi solat di masjid"

Terdiam Dla seketika tatkala dilontarkan pernyataan yang sebegitu. Terasa perit hati kecil Dla. namun tidak digambarkan pada riak wajah. Timbul satu persoalan yang dah lama Dla dengarkan tetapi solusinya masih lagi samar-samar buat Dla.

"wanita itu tidak digalakkan solat di masjid, lebih baik solat dirumah, nanti ditakuti fitnah"

Menerawang fikiran Dla memikirkan fitnah apa yang bakal tercalit pada seorang wanita yang mengorak langkah, tersembunyi dalam hati kecilnya dah keseluruhan dirinya untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Mungkinkah dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah, si wanita itu boleh melencong ke tempat lain, ataupun terserempak dengan mana-mana lelaki dalam perjalanan dan singgah berbual. Perspektif orang disekeliling yang kebetulan ternampak si wanita dan si lelaki itu berbual mungkin mencurigakan. Kalau diikutkan fikiran boleh jadi hal ini menimbulkan fitnah.

Seorang sahabat Dla pernah merujuk perkara ini kepada seorang ustazah. Ustazah memberikan satu situasi, dalam perjalanan seorang wanita ke masjid. Di kejauhan, ada seorang lelaki berjalan menuju ke destinasi yang sama. Terpandang akan lelaki itu kepada wanita tersebut. Semasa lelaki itu sedang solat, datang lintasan kecil, terbayang gambaran wanita yang si lelaki itu terlihat dalam perjalanannya ke masjid. Hal ini juga diletakkan sebagai suatu fitnah hati.


Sabda Nabi s.a.w.: "Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik". Hadis sohih riwayat Abu Daud, Kitabus Solah.

Kebayakkan ulama' berpendapat, solat dirumah lebih baik bagi wanita berbanding di masjid. Tetapi tidak pula diharamkan sekiranya wanita tersebut ingin menunaikan solat berjemaah di masjid. Jadi tidak salah bagi wanita untuk solat berjemaah di masjid. Tambahan pula, masjid bukanlah tempat untuk menunaikan solat semata-mata. Malah masjid itu merupakan sebuah institusi yang menpunyai pelbagai fungsi. Dla ambil contoh, Balai Islam di IPG Dla, ia juga berfungsi sebagai salah satu pusat penyebaran ilmu Jadi ilmu yang disampaikan dan pahala berganda sebanyak 27 kali ganda itu bukan khusus untuk kaum lelaki sahaja. Malah di sini, di tempat Dla, kaum wanita dialu-alukan untuk datang solat berjemaah bersama bagi mengimarahkan rumah Allah itu.


Berkata al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla:
“Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah
bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik”




5 comments:

ahsfantasy24 said...

jom bsama2 mngimarahkan msjid..

Mohamad Hilmi said...

alhamdulillah..
akhirnya.. ada juga org kupas topik ni.
tahniah

adilah md shah said...

salam kak..
jom kak..=)

mohamad hilmi..
dah lame berfikir tapi belum d ruang untuk bertinta..

Mastura Mohd Yusuf said...

salam...

kalau ade yg kate, akan jd fitnah perempuan ke masjid, lebih baik xpyh pegi..

tny die balik..

"Kalau perempuan pergi pasar malam, shopping complex, balik mlm-mlm. xmendatangkan fitnah ke?"

seeloknya, jgnlah pergi berseorangan.. revolusi zaman sudah semakin merbahaya buat wanita...

Wallahu'alam

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

Salam
Btul tu..
Kte ke srau kn nk timba ilmu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...