Saturday, September 12, 2009

sekadar berkongsi

Assalamualaikun..Dah lama Dla tak mengemaskini blog. Maklumlah meletakkan komitmen kepada perkara yang lebih penting. Perkara yang membuatkan Dla tak senang duduk ialah berkaitan dengan Seminar Sains yang diadakan bagi seluruh Jabatan Sains di IPG Dla. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih Kak Ida dan ayah yang banyak membantu. Seminar Sains pada kali ini menuntut semua pelatih guru yang mengambil matapelajaran sains sebagai major untuk membentangkan projek-projek yang perlu disiapkan dalam tempoh masa satu bulan. Semester kali ini Dla dapat projek fizik, dengar je perkataan "fizik" tu, pening juga berfikir, apa yang perlu dikerjakan dalam masa sebulan. Akhirnya Dla dan kumpulan Dla pun bina AC to DC Converter.

Walaupun projek ini nampak kebudak-budakan (kata seorang kawan Dla) tapi macam -macam perkara yang boleh Dla dan kumpulan kongsikan. Sekurang-kurangnya, ia juga dapatlah refresh ilmu-ilmu lama yang telah dipelajari tetapi tidak dipraktikkan. Bersusah payah Dla memikirkan cara untuk membentangkan projek ini. Macam-macam buku fizik yang Dla baca untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan projek yang telah disiapkan. Rupanya Seminar Sains itu tidaklah sesusah yang Dla sangkakan. Perasaan gemuruh, resah gelisah tersebut hilang apabila melihat kawan-kawan lain bersemangat membentang projek masing-masing. Alhamdulillah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...