Wednesday, September 2, 2009

Rindu Ramadhan itu..


Assalamualaikum, tiba-tiba teringat Dla pada Ramadhan 11 tahun yang lalu. Ketika itu Dla berumur lapan tahun. Seronok Dla berpuasa, biasalah zaman kanak-kanak. Ke hulu ke hilir bersama abah. Ramdahan itu, abah ditugaskan menjadi Amil sehingga ketika itu orang kampung amat kenal dengan Dla yang selalu bersama-sama abah. Jolokkan anak abah itu perkara normal. Setiap hari ada sahaja aktiviti bagi memenuhi bulan Ramadhan. Berkat ikut abah, macam-macam yang Dla dapat dan pelajari.

Setiap petang selepas pulang dari sekolah agama, Dla ikut abah ke masjid. Ada tadarus Al-Quran. Dla ambil bahagian. Agak janggal bagi sesiapa yang tidak mengenali Dla, yelah budak berumur lapan tahun duduk seperti kawan dengan orang yang pangkatnya atuk, nenek, emak dan bapa buat Dla. Dla sedikit pun tidak rasa malu walaupun langsung tiada kawan-kawan yang sebaya dengan Dla. Mungkin kerana Dla masih budak jadi perasaan malu itu tersimpan dalam-dalam. Alhamdulillah, mereka semua boleh menerima Dla, mungkin kerana Dla sudah terbiasa sejak kecil ikut abah ke masjid dan mereka telah mengenali Dla. Ada juga yang mengaku Dla sebagai anak mereka. Ketawa bila Dla dengar, tapi itulah hakikatnya, manis.

Malam pula seperti malam-malam Ramadhan kebiasaannya solat tarawikh. Memenuhi masa menunggu waktu isyak, ada selingan tadarus di situ, sambungan tadarus selepas waktu Asar . Setiap yang mengambil bahagian membaca satu juzuk. Oleh kerana Dla masih kecil, seingat Dla, Dla diberikan juzuk dua untuk dihabiskan. Alhamdulillah, Dla dapat menghabiskannya. Tersenyum lebar Dla semasa majlis khatam Al-quran semuanya orang besar-besar Dla je budak kecil. Rasa seronok sangat sampai Dla beritahu adik-beradik Dla yang Dla berjaya khatam ketika Ramadhan tahun itu.

Boleh dikatakan Dla pasti terlelap selepas solat tarawikh kerana menunggu abah yang selalu pulang lewat ke rumah. Tugas Amil, setiap malam ada saja orang nak bayar zakat. Penat Dla tunggu. Selalu Abahlah yang akan menutup pintu pagar masjid. Dla ingat lagi semasa Dla darjah empat, mungkin kerana tak larat nak menunggu abah, Dla pun diberikan kepercayaan untuk bawa motor sendiri ke masjid. Suka sangat hati Dla, tapi takut tetap takut. Jarak dari rumah ke masjid tidaklah dekat sangat. Dengan jalan yang gelap. Tak pandang kiri kanan Dla. Mulut ni berselawat mudah-mudahan tak ada appa-apa yang akan terjadi. Dla takut gelap, sorang-sorang bawa motor, takut h****u. macam-macam Dla takut, sehinggakan nampak daun pokok ubi melambai-lambai di tepi jalan macam nampak benda lain. Tapi itulah pengalaman, buat diri Dla jadi lebih kuat dan berani.

Dla pasti, pengalaman Ramadhan pada tahun itu sentiasa segar dalam ingatan. Dla rindu Ramadhan itu. Setiap kali bulan Ramadhan muncul, ada saja pengalaman baru yang Dla peroleh. Tapi itu tak bermakna Dla lupakan Ramadhan yang lalu terutamanya semasa Dla kecil. Bila melihat kanak-kanak belajar berpuasa, mengisi masa mereka dengan sebaiknya, terasa ingin kembali menjadi seperti mereka. Tapi Dla dah besar sekarang, teruskan Adilah, laluinya secara matang. Insya Allah.


3 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

smga krnduan rmdhan 2 kkal d ingati wat ingatan kenangan suatu hr nnt..

slmt berbuka!

adilah md shah said...

salam...Insya Allah =)

Mohd Hilmi said...

alhamdullillah.
skrg pon dla dah besar :)

dla telah di didik masa kecil dgn masjid. alhamdulillah.

dla teruskan ya,,!! teruskan perjuangan ni. ana doakan dla.

amiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...