Tuesday, October 27, 2009

MTQ dan A&A

5 - 8 Oktober yang lalu, Dla pergi mencari ketenangan. Kononnya, menjejak di bumi Ipis (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam) terlalu teruja menyertai MTQ (Majlis Tilawah, Tafsir, Hafazan dan Pertandingan Nasyid). Padahal biasa-biasa sahaja diri Dla bagi melindungi perasaan yang penuh seribu satu kegugupan. Keputusan menyertai MTQ disaat-saat akhir, tak silap Dla tiga hari lagi sebelum tarikh 5 Oktober adalah satu keputusan yang di luar jangkaan. Roomate Dla, Atiqah tiba-tiba diserang batuk dan sakit tekak yang agak serius minta tolong Dla standby bagi mengantikannya disaat-saat akhir. Sayanglah, kesian Atiqah dah bertungkus lumus menghasilkan teks syarahan tafsir takkan pula nak tarik diri. Sehari semalam, tak sangka boleh juga Dla menghafal teks sepanjang lima muka surat. Alhamdulillah berkat doa Atiqah juga. Sebenarnya Dla sedikit takut untuk bertanding di MTQ. Bukan sebab saingan tapi nak mempersembahkan teks yang dibina oleh seseorang yang bersungguh-sungguh untuk menyertai MTQ, itu yang susah. Risau juga kalau Dla tak dapat buat yang terbaik, tentu Atiqah sedih.

wakil IPG Raja Melewar
Atiqah n Adilah(syarahan tafsir), Nabiilah(tilawah), Ummu(hafazan)
sayang mereka semua.


Lokman (hafazan), kakak bangga dengan kamu

Setiap hari peserta berulang alik dari tempat penginapan di UKM ke IPIS tempat berlangsungnya MTQ. Sepanjang MTQ berlangsung di IPIS, setiap segenap pelusuk kedengaran ayat-ayat indah kalimah Allah. Di situ terbit ketenangan, tambahan pula suasana soleh dan solehah di sana. Bukan mudah Dla nak dapat suasana macam tu. Hati ini teringin, Allah Maha Mengetahui, Allah tempatkan Dla ditempat yang terbaik buat Dla. Setiap perancangan itu ada hikmahnya, apapun sifat syukur itu perlu diterap dalam diri. Pada hari Ujian syarahan tafsir dijalankan, Dla dan Atiqah perlu membuat pilihan samada Dla atau Atiqah yang bakal perform. Satu kata putus, "Atiqah, pergilah,mesti boleh punye. Yakin pada diri". Ketika itu tiada apa yang dapat digambarkan melainkan nilai persahabatan antara kami. 3 semester, kami sudah masak dengan perangai masing-masing. Menjadi peserta ke-26 dari 27 peserta bagi seluruh IPG amat penat. Penat menunggu, namun masa itu kami isi dengan latihan. Tak terkira berapa banyak kali Dla menatap teks syarahan tafsir itu untuk menyemak hafalan si roomate tersayang ni.Sementara menunggu giliran, sempat juga kami menjengah ke tempat ujian tilawah Al-Quran dan hafazan. Harapan nak bagi support pada kawan-kawan seperjuangan.

A&A

Alhamdulillah, Atiqah dapat buat yang terbaik meskipun sebelum perform Atiqah batuk-batuk. Sepanjang Atiqah mempersembahkan syarahan tafsirnya, mulut Dla juga ikut kumat kamit mengikut rentak bicaranya. Terasa seluruh tubuh Dla pula yang gementar. Lancar sekali bicaranya membuatkan bibir Dla tak henti mengukir senyuman. Selesai syarahan tafsir, puas dan lega. Ketawa kami berdua, dalam tawa mengucap syukur. Saingan hebat-hebat belaka, menang mungkin bukan taruhan, tapi ilmu dan penyertaan yang penting. Bonus ukhwah diantara kami.

wajah Atiqah sebelum perform

pic ini di'upload' atas permintaanya
(permintaannya telah ditunaikan ye syg)


Buat kenalan di MTQ, salam perkenalan kerana Allah. Sesungguhnya kebanyakan kenalan di sana bukan calang-calang orang. Bagi yang menyertai MTQ, mereka pasti tahu keistimewaan dan hikmah yang tersembunyi.Jumpa di MTQ tahun depan.

jumpa sue, IPG Batu Lintang
(sahabat Cikgurox)


p/s: Andai kita memiliki seorang teman yang boleh membimbing dan melindungi, satu ketika datang orang lain yang zahirnya nampak baik namun lahiriahnya tak pasti. Seandainya diberi pilihan untuk salah satu, mana yang patut dipilih?
(persoalan yang ditinggalkan Atiqah untuk Dla..apa ya??)

6 comments:

fatah85 said...

salam.
atiqah macam pernah aku kenal dan pernah aku jumpa.


kalau tak silap la.

;)

adilah md shah said...

wslm..fatah bertemu di medan blogging..atiqah..hehe..xtw3

fatah85 said...

bertemu dia.
dan naik kereta sampai batu pahat.
dan aku rasa, memang tidak silaplah, dia. ;)

adilah md shah said...

tanyela tuan empunya badan..
jauh..susah..
tanye "tuan empunya" lg satu..
dekat..senang..

fatah85 said...

tuan empunya lagi satu kedekut.
dahtu, haish. whatsoevah. hahah.

adilah md shah said...

ish fatah ni..kang ngamuk mereke..tak nak tanggungjawab je..hehe

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...