Saturday, January 23, 2010

bunga putih itu bunga orkid ke??


Dla rasa minggu ni macam tak ada cuti. Hari sabtu dah cuti ganti, esok Dla ada perlawanan bola jaring antara blok-blok kediaman dan petangnya Dla dan kawan-kawan kena menghias softboard blok kediaman. Nota dan homework masih banyak belum diselesaikan. Sedikit bosan mengundang Dla untuk buat kad hari ini. Kalau buat Nota ISL (Independent Self Learning) punyalah liat. Buat kad rajin pula. Dla2, ish3X...

Kad ni Dla buat khas untuk adik Dla, Fatin bersempena dengan hari lahirnya yang ke-18 pada 27 Januari ini. Tak sangka adik Dla dah besar, dah habis sekolah pun. Melepak duduk kat rumah Angah dan ambil lesen.





Dla dah lama nak buat kad design macam ni untuk adik Dla ni. Dari awal bulan satu lagi. Asyik postpone, hari ni baru buat. Dan inilah hasilnya. Kad yang bewarna oren kelabu berbunga putih. Fatin ni agak agresif sikit. Bagi kad bunga-bunga ni biar jadi lembut sikit. Hehehe..Roomate Dla kata tu bunga orkid. Ye ke??


Tak tahulah nak bagi nama apa kat kad ni. Dla bab-bab menamakan kad ni memang lemah sikit, jatuh tangga ke-50 kot.

Buat Fatin adikku sayang, Selamat hari lahir. Kak Ila sayang kamu.


4 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

cantik ny!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

adilah md shah said...

hehe..
lame dina xsinggah sini ea

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

haah la dilah.
lptop a bit blurrrrr!
nk gne lptop lain, x bese la..
lain cam jer.
pas ni, klau lg skali format, motherboard rosak.
ermh...
dpt tau je motherboard akan rosak, mybirthmother pun marah la..
huhu!

adilah md shah said...

hehe..betul2..abesla kalau motherboard rosak..mahal tu nk gnti thts y motherbirth marah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...