Friday, January 15, 2010

hari jadi si dia..


Tepat pukul 12 tengah malam, Si kawan sangat teruja untuk mengucapkan "Selamat hari lahir" buat si dia. Setelah menahan mata dari tertidur sejak satu jam yang lalu, Si kawan pun membuat panggilan telefon, malangya Si dia tidak menjawab panggilan tersebut. Tambahan pula tertera call waiting pada skrin telefon si kawan. Si kawan berasa kecil hati dan terus beradu dengan meninggalkan satu mesej ringkas sebagai ucapan.


Pada keesokan harinya, si kawan dan kawan-kawannya telah merancang untuk menyambut hari lahir Si dia di luar kampus. Biarpun secara kecil-kecilan tapi diharap ia sangat bermakna. Si dia tidak tahu yang Si kawan dan kawan-kawannya mahu celebrate hari lahirnya di luar. Kebetulan kawan kepada Si kawan mahu menempah cermin mata baru kerana cermin mata yang lama telah patah tempoh hari.


Tanpa melengahkan waktu, usai solat gerhana matahari + solat asar (15 Januari 2010, 3.00-5.oo ptg) Si kawan dan Si dia bersama kawan-kawannya yang lain (Kak Yan, Kak Fatim dan Kak Ton) memulakan perjalanan ke Baker's Cottage di Seremban 2. Si kawan dan si dia sebelum itu sempat menyaksikan fenomena gerhana matahari yang menakjubkan, Subhanallah...sambil minum kopi dan makan buah rambutan pemberian Ustaz.




Sampai sahaja di Seremban 2, Si dia, Si kawan dan kawan-kawan yang lain terus menuju kedai cermin mata. Bosan menunggu lama, Si dia dan Si kawan pun berjalan-jalan.. window shopping + berangan masuk kedai POh Kong la, silver la, emas putihla..Sudah-sudahlah..



Kawan-kawan lain menelefon Si kawan, "..cepat nanti lilin cair..". Baiklah, Si kawan membawa Si dia menuju Baker's Cottage dengan hati yang gembira. Si dia rasa pelik dan bertanya, "..kite nak makan kat mane ni..?". "ikut jela.." Tanpa banyak bicara.


Oleh kerana si dia bercermin mata, lilin di atas kek kelihatan samar-samar dari jauh disangkakan kedai tu sangat eklusif, siap ada lilin lagi. Suprise! alangkah terkejut dan tak sangka, rupa-rupanya si kawan dan kawan-kawannya celebrate hari lahir Si dia. Si dia dengan muka yang teruja dan gembira mengucapkan terima kasih.

Si dia, Si kawan dan kawan-kawannya pun menyanyi dan makan dengan gembira. Selepas solat Maghrib Si Kawan, Si dia dan kawan-kawan pun pulang ke Kampus.


P/S: terima kasih broadband bantu kami cari Baker's Cottage kat Seremban..

4 comments:

-wan- said...

adel....
sorry made u wait 4 dats....huhu...
but, 1st come,1 serve kan? haha..
btw, epi besday 2 ur ex-room8 k...

adilah md shah said...

yela..1st come 1st servw..
("..adel dah sellau jumpe..sy jarang2 call..")
hehe..taw dah

Anonymous said...

weee... atiq kt cni.. i like this post.. adel, knp tak letak gambar kita pegang pisau potong kek tu same2.. kan comel gambr tu.. hehe..

adilah md shah said...

sory atiq, pic tu terlepas pandang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...