Saturday, July 10, 2010

Meng'update' cerita cuti semester

Assalamualaikum, lama Dla tak update blog sejak pulang ke kampus beberapa minggu yang lalu. Mana taknya broadband tiba-tiba buat hal. Tak boleh nak connect langsung, jadi Dla fikir mesti broadband ni ngada-ngada  buat-buat rosak saat naik sem baru. Disebabkan kewangan yang agak kering jadi ignore jela. Apa lagi gatal tanganlah menekan-nekan nombor telefon abang kesayangan si Nazir lalu menyusun ayat yang sangat bersopan santun sambil menyertakan keputusan peperiksaan sem lepas sebagai tanda yang adik dia ni pandai dan konon-konon sebagai bonuslah. "Abang! ila kan dapat ...... pointer semua A satu je B. Er, abg broadband ni dia macam tak ok, bayarkan boleh". Rupanya lappy kesayangan Dla yang buat hal, patutlah broadband dan wireless tak boleh connect. Kepada abang terima kasih ek. (sambil buat muka comel).                            
Cute Icons

Oklah, Dla nak share sikit masa cuti tiga minggu hari tu Dla buat apa. Minggu yang pertama, cuti telah burn dengan penginapan di hostel secara berkumpulan. Segala makan ditanggung. Sebenarnya Dla mengikuti Bengkel Pendokumentasian Majalalah Sinarama (majalah kampus Dla). Sepanjang seminggu tu kami juga ke Tanjung Tuan mendaki sehingga sesat dan keletihan, ke Istana Kehakiman untuk photo shoot, Pusat Aquatik photo shoot lagi dan ke Karangkraf dan rasa tak nak balik sebab seronok sangat.

Minggu kedua, balik dari kampus terus ke Melaka  tanpa pulang ke kampung sebab Abang Ajim nikah pada keesokan harinya (11 Jun 2010). Jadi Dla dengan Kak Ena, Abang Sany dan anak sedara Dla stay kat hotel je menanti adik-beradik serta sedara mara datang pada keesokan harinya. Abang Ajim punyalah nervous ditemani oleh Dla dan Adik Seri. Berzikir-zikir dia dalam bilik. Sangat kelakar. Alhamdulillah selepas solat jumaat Abang Ajim dan Kak Su selamat diijabkabulkan sebagai pasangan Suami Isteri yang sangat cool. Kalau kat Melaka ada adat ek, baru tahu. Lepas tu ada khutbah nikah. Esoknya majlis dirumah pengantin perempuan (Melaka). Petangnya, selepas majlis rushing balik Johor sebab esok kenduri rumah kami pula.

selepas majlis pernikahan  

    teman abang photo shoot

ni kat rumah kite pula (Johor)

ni kebun getah dekat-dekat dengan rumah (no adobe ok, original!)
credit to Abg Yo

Dua hari lepas majlis perkahwinan Abang Ajim pun bawak Kak Su jalan-jalan Danga Bay, lepas drop Abang Aj kat Senai. Dla dengan Adik Seri siap follow lagi. Kata Kak Su tak pernah pergi sana. Malam tu banyak masa dihabiskan dalam mini zoo. Kebetulan ada macam-macam pertunjukkan binatang (gajah, harimau, bear, anjing dan lain-lain). Seronok juga dapat gathering sama-sama.

Adik Seri dihadapan kapal 
nak naik keretapi ni penuh pulak

 
Burung Kakak Tua dengan adik main acah-acah
 
    berani tunjuk je

Minggu ketiga cuti semester Dla balik rumah Kak Ngah di Kluang sekejap sebelum bertolak ke Larkin. Dla dah mula kebosanan sebab cuti sekolah dah habis, jadi sorang je. Adik dah Kak Ngah dah mulakan aktiviti masing-masing di sekolah. Dla pun plan bercuti ke Teluk Ramunia. Sampai sana Dla jalan-jalan ke Tanjung Kapal, Batu Layar dan lain-lain tempat yang ada. Terima kasih pada Ash dan keluarga sebab jemput datang ke rumah dan bawa Dla  jalan-jalan, makan-makan dan macam-macam lagi. Dla sangat excited dengan laut dan pantai. Jadi rasa sangat tenang, sorang-sorang pun jadilah. Rehatkan minda sebelum menghadapi semester baru bila kuliah bermula nanti. 
Ni kat Batu Layar

 Menikmati waffel disaksikan pantai luas terbentang,
di bawah pohon yang redup, angin sepoi-sepoi menyapa muka. 
Tenang sangat.


 
semua di atas adalah gambar di Batu Layar. 
Cantikkan, Subhanallah !

Gambar kat bawan ni kat Tanjung Kapal pulak

Nampak tak macam ada pancang-pancang besi kat tengah laut tu. 
Ha tulah Stesen minyak untuk kapal, first time tengok.

Kat Tanjung Kapal ni boleh nampak banyak sangat kapal-kapal besar. Boleh nampak dataran Sumatera dan Singapura. Al-maklumlah jarang-jarang dapat tengok jadi terjakun secara tak sengaja. Muka macam-macam ekspresi, mata berkaca-kaca. Agaknya sebab Dla ter'over' sangat, dengan perasaan kesian dan tak sanggup nak melukakan hati, Dla pun dibawa ke KD Sultan Ismail. Betul-betul lagi hujung Johor dari Tanjung Kapal yang Dla pergi tadi. Nampaklah kapal terbang mendarat kat lapangan terbang Singapura dan bangunan-bangunan pencakar langit di sana. Walaupun masih jauh tapi lebih jelas dari tadi.

 Kalau nak masuk kawasan yang ada bot laju tu kena ada pasport. 
Lebih kurang transit nak ke Singapura la tu
 Berdiri betul-betul mengadap bot-bot laju tadi tapi pandangan dari sebelah kiri pula

  Betul-betul kat depan pintu keluar tempat yang Dla pergi (gambar di atas) ada benda alah ni. Mula-mula macam pelik apakah ni. Batu pelik tepi jalan. Ha ini macam kubu pertahanan. Dalam tu ada ruang untuk berlindung. Siap ada pintu-pintu kecil untuk pergerakkan. Jadi kalau Dla masuk dalam tu, orang boleh nampak muka Dla dengan tangan yang pegang senapang. Cewah

Berhadapan atau lebih tepat lagi berdekatan dengan rumah kawan Dla ada tempat buat pelantar minyak tau. Maksudnya, kat situ tempat sambung-sambung besi dan bahan binaan untuk pelantar minyak., ala yang tempat sedut minyak mentah tu. Setelah komponen-komponen atau binaan tersebut telah selesai, maka berlayarlah binaan-binaan tersebut ke pelantar minyak untuk proses tertentu (sambung-sambung macam main lego masa kecik-kecik dan jadilah pelantar minyak yang besar). Tapi gambar yang Dla ambil tu tak lawa dan tak nampak sepenuhnya. Al-Maklumlah gambar main snap tepi jalan je. Mula-mula rancang nak naik satu tempat dekat atas bukit kawasan helikopter landing . Dari situ boleh nampak pemandangan keseluruhan tempat binaan komponen-konponen pelantar tu. Tapi kebetulan tutup pula pada hari Dla pergi tu. Tak ada rezeki nak masuk.

 Tada! nilah dia. Sebenarnya dia sangat besar 
tapi dalam gambar ni jelah yang nampak

Ok. itu sahaja hasil perkongsian cuti semester pada kali ini. Masa untuk pulang ke kampus, mulakan semester baru dengan penuh bersemangat. Doakan Dla ye.

3 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

sronok ny!

nur zulian said...

batu layar..dekat dgn skola sy tuh..kamu brada di skola mane ea..?

adilah md shah said...

sy bsekolah di batu pahat.. batu layar sy ke sana untuk bcuti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...