Sunday, August 8, 2010

rumah teletubies

Assalamualaikum... 
Teringat Kak Ton (classmate) pernah request untuk Dla menghasilkan felt keychain ala-ala rumah pula. Jadi Dla jahitkanlah rumah mengikut citarasa Dla. Macam rumah teletubies kata Kak Ton. Hehe..


Alhamdulillah, rezeki buat felt keychain semakin menjadi-jadi. Setakat ni banyak tempahan. Tapi Dla tak boleh nak terima semuanya sebab nak sudahkan tempahan terdahulu tambahan pula assignment semakin menggunung. Cuma sekarang ni Dla bermasalah nak cari supplier felt fabric yang betul-betul konsisten, maknanya boleh supply barang bila saat-saat genting. Sebab di Seremban ni Dla tak tahu nak cari felt fabric kat mana. Nak tak nak terpaksalah beli secara online.

Dla ada terfikir design baru, Dla anggap macam projeklah. Setakat ni macam tak ada orang buat lagi. Harap-harap Dla cepat ambil peluang ni. Mudah-mudahan Allah memberkati dan permudahkan urusan.. Amin..

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...