Wednesday, November 3, 2010

Malam peperiksaan.. dan ini untuk Dla


Assalamualaikum, Dla buat ni pada malam peperiksaan kertas Murid dan Alam belajar. Konon-konon nak hilangkan bosan setelah membaca buku secara extreme. Serius malam tu rasa tak yakin, gabra semacam nak masuk exam walaupun dah khatam kitab Murid dan Alam Belajar tu. 

Tambahan pula, masa peperiksaan ni datang la boleh saing-saing gian nak menjahit felt banyak-banyak. Excited sampai mata berkaca-kaca. Kalaulah study boleh excited macam ni kan bagus. Tapi tak mengapalah, lately ni rasa seronok dengan diri sendiri walaupun macam-macam hal terjadi. Sekarang Dla faham, study, menjahit felt, buat craft semua tu boleh menenangkan Dla. Ala-ala terapi. Walaupun hati berdukacita akhirnya terpujuk juga dengan benda-benda ni.



Ok, Dla tahu brooch ni comot dan senget sana sini, Tapi tak kisah nak pakai juga pergi exam. Penghargaan kendiri namanya. Buat, pakai sendiri dan rasa bersemangat. Orang tak nak support Dla, tak apalah, Dla support diri sendiri.

2 comments:

ahsfantasy24 said...

all d best!!

4da next paper,
jom *d...

^^,

adilah md shah said...

hehe thanks akak.. akak pun gudluck :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...