Friday, October 29, 2010

selamat menduduki peperiksaan


Alhamdulillah, seperti sedia maklum pelajar seperti Dla mahupun pelajar-pelajar lain tak terlepas daripada sistem peperiksaan yang telah lama bertapak di negara tercinta. Pejam celik dah tiba di penghujung semester 2. Insya Allah Dla dan rakan-rakan akan menduduki peperiksaan akhir semester bermula minggu hadapan.

Berikut di atas merupakan jadual peperiksaan Dla pada semester ini. Secara rawak, subjek EDU3103 dan PJM3102 mungkin tiada masalah cuma perlu rajin membaca dan memahami. Manakala SCE3103 dan SCE3104 merupakan kertas major dan memerlukan bukan sahaja pembacaan yang banyak malah kefahaman serta praktikal dan pengaplikasiannya sekali . 
 
Untuk rakan-rakan, selamat menduduki peperiksaan. Semoga hati dan akal fikiran kita diberikan ketenangan dan  dipermudahkan dalam segala urusan. USAHA - TAWAKAL.. Bittaufiq Wannajah!



Thursday, October 28, 2010

Blue hp case

Assalamualaikum.. Dla berpeluang lagi buat handmade case (handphone) bila kak ika (classmate) request untuk benda tersebut. Dla buat dengan hati yang gembira sebab dah lama tak buat handmade case ni. Seperti biasa Dla akan gunakan foam paper untuk main body of the case. Ini adalah bertujuan untuk menyerap hentakan kalau tiba-tiba terjatuh. Pada bahagian aksesori pula, Dla lebih prefer untuk gunakan felt fabric sebab ia ringan dan mudah dibentuk berbanding foam paper.


luvcratfing: ada satu lagi cse yang Kak Ika request untuk adiknya pula.. hehehe

Wednesday, October 27, 2010

Discover The Wonder of Science


Assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya Dla berkesempatan untuk mengemaskini blog "Ilhamadilah" ini dengan cerita pameran sains yang diadakan pada bulan lepas. Pameran sains bertemakan "Discover The Wonder of Science" ini merupakan salah satu acara yang terkandung dalam silibus kelas kami PISMP Sains Semester 2 bagi matapelajaran SCE 3103 (Exploring Materials).

          Persediaan awal agak kelam kabut sebab pameran ini diadakan selepas cuti semester. Walaubagaimanapun ia dapat berlangsung dengan baik sekali. Tahniah kawan-kawan. Kerjasama amatlah penting bagi menjayakan pameran sains yang menjadi salah satu acara wajib setiap tahun bagi Jabatan Sains IPG Kampus Raja Melewar. 

          Baiklah, pameran ini berlangsung dalam kawasan Balai Kerapatan (Dewan Utama) dan makmal biologi. Sebanyak sembilan stesen disediakan untuk para pengunjung. Oh ya! kami juga ada pengunjung istemewa yang dijemput khas dari sekolah berdekatan dengan kampus. 

Jom tengok gambar di bawah..


Kami mengadakan beberapa kali perjumpaan dan mesyuarat bagi memperkukuh tugasan bagi setiap organisasi. Oleh kerana kami cuma berjumlah 24 orang dalam satu kelas, seolah-olah tidak menang tangan kerana segala persiapan, perasmian, pameran, menempah makmal dan alatan eksperimen dan lain-lain adalah di bawah tanggungjawab kami.

Gimik pelancaran.. Robot SCE3103 


Dua tempat yang berbeza, makmal dan balai kerapatan. Di dalam makmal biologi, stesen yang terlibat adalah stesen yang melaksanakan eksperiment seperti saponification, fuel distillation, esterification (Alcohol,Ether and Amines), alloy dan aromatics (Carboxylic acids, Esters and Amides). Manakala di kawasan balai kerapatan pula ditempatkan stesen yang lebih kepada demonstrasi dan penerangan proses-proses dan bahan-bahan semulajadi dan buatan manusia seperti plastics (types and code), rubber, paper, composite materials.

Stesen 1


Stesen ini mempamerkan bahan-bahan yang diperbuat daripada plastik mengikut standart kod plastik yang sedia ada. Bahan-bahan pameran adalah bahan-bahan yang berada disekitar kawasan dan mudah didapati. 

Berikut di atas merupakan kod plastik. Klik untuk saiz besar.

(Exhibitor : Hani, Yaya, Ira)

Stesen 2 

Stesen ini memperkenalkan getah asli dan bahan-bahan yang diperbuat daripada getah. Kebetulan, murid-murid yang hadir tinggal di kawasan bandar. Jadi getah asli berbentuk cecair dan beku merupakan benda yang agak unik bagi mereka. Sehingga ada murid yang tidak pernah tahu getah adalah berbentuk cecair memasa ditoreh daripada pokok. Rakan-rakan yang berada di stesen ini mengakui agak sukar untuk mendapatkan getah asli disekitar Seremban. Jadi diharap pameran ini dapat memberi pengalaman buat murid-murid berkenaan dengan getah.

(Exhibitor: Fikri, Farhi, Soleha)

Stesen 3
 

Stesen ini memperkenalkan cara membuat kertas, kegunaan kertas dan sebagainya.  Apa yang menarik, murid-murid dan para pengunjung dapat merasai sendiri teknik pembuatan kertas secara manual.

(Exhibitor : Syafiqah, Fahmi, Shah)

 Stesen 4


Stesen ini memperkenalkan bahan-bahan yang mempunyai banyak campuran dalam satu binaan.Stesen ini merupakan stesen yang menarik dengan pelbagai contoh bahan-bahan yang mengandungi pelbagai campuran. sebagai contoh binaan konkrit yang diperbuat daripada pelbagai campuran, batu, besi dan sebagainya. Sesuatu bahan itu dibina dan dicipta mengandungi banyak campuran adalah bertujuan untuk memperkukuh binaan. Di samping itu ia bergantung kepada permintaan yang inginkan sebuah binaan itu dicipta mengikut spesifikasi yang dikehendaki. (Related to physical properties and chemical properties).

(Exhibitor : Zahidan, Fairuzi)
 
Stesen 5

Stesen ini memperkenal cara pembuatan sabun pada zaman dahulu dan zaman sekarang. Di samping itu terdapat juga proses pembuatan sabun secara "hot process" (in laboratory) dan "cold process (handmade soap). Tambahan lagi, kami juga memperkenal beberapa jenis pencuci dan proses bagaimana  kotoran dapat dihilangkan daripada pakaian.  Murid-murid juga diberi peluang mempelajari teknik dan merasai sendiri pengalaman membuat sabun.

(Exhibitor : Adilah, Atiqah, Fatim)

Stesen 6
 

Stesen ini merupakan salah satu stesen yang menarik perhatian murid-murid. Ia adalah berkenaan pemprosesan minyak. Setiap kenaikan suhu akan menghasilkan pelbagai minyak atau bahan yang berbeza.


Berikut di atas merupakan proses pemeringkatan minyak. Klik untuk saiz besar.

(Exhibitor :  Zainuddin, Azwadi)

 Stesen 7

 

Stesen 7 ini menghasilkan bau-bauan yang wangi. 


Berikut merupakan carta kegunaan ester. Klik untuk saiz besar.


(Exhibitor : Janah, Shikin, Nazifah)
 
Stesen 8

 

Stesen ini menukar duit syiling satu sen kepada warna lain melalui beberapa proses. Selain menunjukkan pertukaran warna syiling, murid-murid juga berpeluang untuk membawa pulang tiga warna syiling yang berbeza, emas, perak dan gangsa (warna asal). 

(Exhibitor : Rashidah, Helmi)
 
Stesen 9

 

Stesen yang agak mencabar dengan bau esterification yang menusuk. hehe.. proses penapaian bahan-bahan di atas memerlukan masa. Antara bahan yang melalui proses penapaian sebelum pameran adalah kentang, nasi, nanas, glukos dan pisang. Ia adalah bertujuan untuk menghasilkan alkohol.  

(Exhibitor : Zaiton, Azyan)

 
Murid-murid yang hadir begitu teruja dengan pameran yang diadakan terutamanya eksperimen yang dilakukan di dalam makmal biologi. Mereka dapat lihat, mencuba, merasai pengalaman baru serta membawa pulang pengetahuan hasil daripada pameran sains "Discover The Wonder of Science" ini.


 
Terima Kasih Semua

luvcrafting: maaflah penerangan secara general sahaja. Al-maklumlah tak study dengan serius walaupun peperiksaan dah hampir takat paras hidung jadi nak explain pun xbolehlah secara details. Apapun ini hanyalah perkongsian untuk semua. 



Tuesday, October 26, 2010

red quil



Assalamualaikum.. Dla sekarang berada di rumah Atiqah (classmate). Oh ya! Kebetulan hari lahir adik Atiqah dalam lingkungan seminggu Dla berada di rumah Atiqah. Serius, langsung tidak membawa apa-apa barang untuk buat kad. Gam, gunting, kertas semuanya tiada. Hajat dihati melambung tinggi nak buatkan kad hari lahir. 

Misi tetap dilaksanakan dengan meminjam gunting dan gam daripada Atiqah. Ha! nak tahu tak? sebenarnya kad tu diperbuat daripada kertas A4 bewarna putih dan wrapping paper sahaja. hehehe.. Dah tak ada kertas dah.. ni kes terdesak. 

Lihatlah hasilnya! Tadaaa...


Walaupun guna kertas yang nipis tapi menjadi juga. Selepas beberapa lapisan kertas digam, struktur kad tu agak kukuh dan ditambah dengan quil pada bahagian muka depan kad. Ok selamat mencuba!


Ada apa dengan Raya 2010

**luvcrafting: post ni dah lame tertanam dalam draft okay..cerita yang sangat basi.

Assalamualaikum... lama Dla meninggalkan blog tanpa menulis sebarang entri terkini. Alhamdulillah sekarang kita berada dalam bulan Syawal yang mulia. Terlambat, namun Dla ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat keluarga, sahbat handai dan semua yang mengenali diri. 

Cuti raya kali ini dapatlah dalam dua minggu.. Insya Allah puas beraya walaupun sebenarnya Dla lebih prefer untuk duduk di rumah. Ketika hari raya inilah Dla berpeluang menemui sahabat-sahabat terutamanya yang sama-sama melalui alam persekolahan zaman kecil dan remaja. Bukan mudah nak jumpa sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri. Ada yang belajar ada juga yang bekerja. Apapun kita semua tetap sahabat.

Sama macam tahun-tahun yang lalu, Dla akan beraya di Johor. Dan setiap kali raya gambar famili tak pernah cukup korum.. hehe.. al-maklumlah adik-beradik ramai, ada yang beraya di rumah mertua, ada yang bekerja.. walau apapun kami tetap bahagia. 


SELAMAT HARI RAYA. 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
DARI ADILAH DAN KELUARGA BUAT SEMUA


Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...