Saturday, February 12, 2011

mana perasaan?? mana dia pergi.....

Assalamualaikum... ADILAH OK.. Insya Allah. susah sebenarnya nak memujuk diri supaya melindungi perasaan kacau dalam diri. Tapi Alhamdulillah Dla berjaya melakukannya. Namun begitu terdapat juga implikasi sama ada dalam jangka masa pendek atau dalam jangka masa panjang bergantung kepada ketahanan, kekuatan dan ketabahan seseorang.

Dah lama Dla tidak menulis entri berkategorikan diari, Dla pun rasa susah nak menulis tentang hal tersebut sekarang. Owh ya! Dla ada hobi baru. Dla suka shopping sekarang. Tak taulah tiba-tiba. Padahal dahulu Dla paling benci window shopping apatah lagi menghabiskan masa berjalan-jalan tanpa tujuan dan grab barang di sini dan sana.


Disebalik senyuman dan kegembiraan Dla, sebenarnya hati Dla sedih. Tapi orang tengok Dla ok.. YEA! berjaya jadi ok walaupun pada dasarnya Allah sahaja yang tahu. Dla seorang yang terlalu sensitif, kalau soal menangis cepat benar lebih-lebih lagi sekiranya perkara yang menyentuh hati sangat berkait rapat dengan diri Dla. Seolah-olah rasa menusuk-nusuk dalam hati walaupun perkara yang orang anggap remeh  Namun, disebabkan terlalu menahan diri dan kata ok, buat-buat cool, tak mahu layan sangat perasaan yang menyelubungi diri dan akhirnya Dla kehilangan perasaan sedih!!
pic from google
Masa tu, Dla rasa nikmat kesedihan dalam diri Dla telah ditarik. Apa-apa perkara yang menyakitkan atau menyedihkan, Dla boleh diam, senyum lalu ketawa. Dla pun sangat terkejut dengan perubahan pada diri Dla. Lama juga Dla tak menangis sehingga Dla rasa tangki air mata Dla telah kering sepenuhnya. Dla tak pernah rasa macam ni, ini adalah kali pertama. Benar-benar kehilangan perasaan sedih. Sangat ajaib bagi Dla. Tambahan pula, Dla rasakan fikiran Dla melayang-layang, terpisah dari jasad sebab Dla tak boleh buat kerja dengan baik. Dla tidak stress, tapi macam blur je.

Dla tahu, ini implikasi saya berpura-pura ok tapi sebenarnya tidak. Terlalu positif mungkin. Atas nasihat kawan-kawan, Dla akhirnya meluahkan apa yang terbuku, namun masih tidak mempunyai perasaan sedih. Dalam minda Dla berfikir.."Saya tidak normalkah? salah satu nikmat dari Allah dah kena tarik"..  Dan akhirnya, Dla kembali normal selepas Oral test oleh Kak Yan (classmate Dla). Penceritaanya dalam sesi oral test tu dapat menggamit dan menggembalikan perasaan sedih dan sensitif. Selepas itu, Dla kembali normal seperti biasa. Boleh menangis dan bersedih semula untuk perkara yang sepatutnya Dla sedih dan menanagis. Alhamdulillah.

pic fromm google

Eh  motif ?? hehe

3 comments:

Anonymous said...

be strong my lovely friend ! :)

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

Bertabah adel~

adilah md shah said...

insya Allah thanks ifa n dina :)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...