Friday, March 25, 2011

ini cerita PBS 3 episod 2 : Excited! Penat! tapi seronok!


Assalamualaikum, berkurun lamanya tak update blog. Kononnya Dla nak sambung kisah PBS yang baru je episod 1 tu. Malangnya, naik je cuti (balik kampus) assignment dah melambai-lambai nak kena hantar. Apa lagi dahulukan apa yang pentinglah. Buat masa ni Dla stop dulu bab crafting ni. Tekanan kot, ilham menghilang so rasa idea yang best-best tak melekat semuanya entah ke mana. Kalau main buat je craft kang tak berkualiti pulak. 

Ok, Dla nak sambung cerita PBS ni walaupun dah basi ku telan jua, ada kawan Dla dari kampus lain dah tanya bila nak sambung. Ok ni Dla sambung. 

7 Mac 2011

Hari ni Isnin pagi-pagi dah bangun dek bunyi seren yang kuat. Sekolah ni ada asrama. Lebih kurang 45 orang pelajar dari tahun 1 ke tahun 6 yang duduk asrama. Tak dapat nak bayangkan sekecik-kecik tahun 1 tu dah duduk asrama. errk! dulu masa Dla tahun 1 pergi sekolah pun mak suapkan sarapan. Ni pulak nak hidup berdikari. Dalam pukul 5 lebih murid-murid ni bangun siap-siap dan pergi solat subuh berjemaah, sarapan dan terus ke sekolah.

Nampak tak?? Kabus tebal walaupun dah terang..
Pergi sekolah.. Segar je suasana......

Pagi tu kiteorang excited konon nak pergi awal la kat sekolah. Buka pintu rumah dalam pukul 7 pagi kot, wah kabus tebal. Eeee! seronok sangat suasana kampung. Memang udara tak tercemar sejuk je. Tidur malam sampai ke pagi pun sejuk sangat-sangat padahal tak berkipas pun. Cewah cepat-cepat nak pergi sekolah ni, Tak jauh pun rumah warden dengan sekolah tu. Sampai je kat sekolah, Murid-murid pun macam pelik-pelik je tengok kite semua. Awal ni sampai sekolah, dah sampai baru tahu assembly pukul &.45 pagi. Apa lagi kite pun patah balik ke rumah. Hehehe kebetulan trip lagi satu geng-geng kite baru je sampai pagi tu.

Berhijrah dari satu tempat ke satu tempat demi :)

 Bila dah cukup korum 9 orang kita pun pergi sekolah balik, macam biasalah masuk bilik guru tanda itu ini, cek itu ini then ke perhimpunan pagi. Cikgu sekolah tu cuma ada 9 orang je campur kiteorang yang 9 orang ni jadi 18. Ha dua kali ganda manalah murid-murid tak terkejut. Murid -murid kat sekolah tu sikit je dalam 104 orang.Pagi tu assembly macam biasa, ada penyampaian hadiah untuk murid yang menunjukkan peningkatan dalam ujian. 

Pose before assembly..

another pose..


Ni Tuan GB kat sekolah ni.. 
Teringat zaman-zaman hingusan, masa beratur pagi
"Pak Daud" dapat hadiah peningkatan dalan akademik :)

Sekolah ni serius cantik sangat, dah la tenang, aman, segar, banyak pokok-pokok bunga. Memang bestlah. Tip-top macam dalam taman. Sebelum kite semua sampai di sekolah ni, pihak sekolah dah memang tahu kite nak datang. So, before sampai kat sekolah ni kite ada diberi tugasan untuk handle Majlis Tilawah A-Quran, Hafazan dan Bercerita. Teringat zaman-zaman sekolah dulu. Ala-la Kiut miut je murid-murid ni bercerita.. Meh cubit pipi laju-laju!



Kerja pertama kite untuk hari pertama persekolahan ni adalah buat backdrop untuk Majlis Tilawah Al-Quran yang akan berlangsung esok ( 8 Mac 2011). Kejap je kite buat lepas tu melepak dengan tugasan-tugasan yang perlu dibuat semasa PBS ni.

Menelik huruf sampai tembus..

Ifah tunjuk Jempol.. hehe
Masing-masing sibuk asingkan hurus macam asingkan beras dengan kacang sibuknya..

Disebabkan kite ramai dan nak masuk beberapa kelas Pendidikan Jasmani, so kite pun aplikasilah "The Lottery" maksudnye undi-undi la siapa yang kena kelas ni, siapa yang kena kelas tu. Kite siap bahagi-bahagi untuk jadual seminggu terus. Nanti senang. 

The Lottery untuk kelas Pendidikan Jasmani.

The Lottery ni out of syllibus tapi sangat penting ok. Untuk tugasan Tilawah Al-Quran


Dla ada tanya murid-murid Dla tau apa maksud benda curly kat lencana sekolah tu. Serius nak tahu sangat. Ada lah sorang student ni kata, "cikgu, agaknya GB yang pertama dulu rambut die kerinting kot".. Errkk..ada jugak yang kena saman malu kang.. tapi logik kan?????


Balik sekolah je kelaparan ya amat. Petang tu ada pemilihan olahraga, pemilihan bola sepak dan permainan bola jaring. So kite ni turun padanglah join. Ajar main bola jaring, tengok-tengok sukan. Best sangat! rasa zaman kanak-kanak dok main-main kat tanah tak pakai selipar. Lagi-lagi kat kampungkan. Eee masa ni mulalah nak rindu rumah dengan zaman dolu-dolu.

Jaguh Kampung..
Pemain bola sepak sekolah.. power tau dieorang ni..

ni pun power jugak

Sebelah malam pulak, kite pergi prep dengan murid-murid ni. So, divided kumpulan, kite ambil satu group sorang jadi mentor selama seminggu kite ada kat sana. Memang best.. Walaupun PBS ni lain dari yang lain sebab spend time dengan murid-murid satu hari suntuk dari pagi ke malam tapi banyak pengalaman kite dapat. Murid-murid ni pula sangat menghargai kehadiran kite bersembilan ni. Terharu sampai nak menangis. Murid-murid ni harap sangat kalau kehadiran kite ni memberi sinar pada mereka, serius nak belajar bersungguh-sungguh.




Ha!! Teringat assignment Pengurusan belum siap lagi..Nanti Dla sambung lagi cerita PBS ni ok :)


4 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

lawa la pic las 2.
like! like! like!!!

adel, knp x nk wat cravg2 2 sume? kte ingt bru nk tmph. bdday kwn kte bln 4 ni. nk 3 jer.. blh x?

plezh!

adilah md shah said...

dina... lame menghilang ek... craft ke?? which one?? kite tgh xde ilham ++ patah hati ++ awal bulan 4 ni n 16hb ade muet.. so macam terkejar2 sikit.. banyak order xamek.. sedih jugak tp nk buat macam mne.. kenela choose mane yg lg penting..

Unknown said...

hehehehe..
ni PBS sem braper ni?
1 ker 3...
aritu fiq baru g pbs sem 1...huuhuhh :)

adilah md shah said...

fiq ni dikira junior la.. akak ni dah PBS sem 3.. fiq IPG mane ni??

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...