Tuesday, May 3, 2011

nak berkraf ke nak exam... dua-dua jela...



Assalamualaikum.. Dla sini.. mengupdate blog petang-petang lepas balik latihan rumah sukan sambil minum hot chocolate. Kat luar hujan lebat petik kilat spotlight semua ada. Ni blogger tegar ni update waktu-waktu macam ni, risiko tinggi kemungkinan lappy kena sambar petir adalah sangat tinggi. So, don't try this if u're not ready to spent lots of money to buy new lappy okay... hehe
Oklah, Dla dan classmate agak sentaplah.. eh bukan sentap cuma ala-ala tertekan sikit apabila ditekan dengan kerja-kerja yang tak sepatutnya kami buat menjelang exam ni. Biasalah nak exam, better jangan nak usik-usik perasaan orang nak exam ni, membawa padah nanti. Dla nak exam dah, pejam celik dah nak habis semester 3.. tapi lama lagi nak habis belajar, ada lagi 5 semester.. Lamakan..... 


Dalam masa yang sama Independent Self Learning (ISL) punya folder pulak berlumba-lumba nak kena hantar kat pensyarah. Macam ni lah budak-budak IPG punya life. Belajar, gerko, assignment, ISL, UAK (ujian akhir kursus), exam, rumah sukan la.. Oh ya +++++ yang lain-lain. So, buat masa ni Dla akan stop buat craft untuk beri laluan pada exam yang bakal tiba. Dla mahu pointer tinggi!! So kena usaha lebih. 3.5 belum dekan lagi kat sini.. 3.7 barulah dikira dekan. Ha susah kot, budak-budak yang ambil sains korang tahu kan macam mana.......  

eh tiba-tiba ada gambar felt pulak..... 
ni lagi.. gambar velboa pulak dah....
eh... kata nak stop craft kejap.. ni dok menjahit lagi....

Hehe.. Dla punya stok felt dah sampai, velboa tu saja try beli. Tapi dah ada yang menempah nak buat bantal. Oklah Dla stop menjahitlah sekejap. Cuma tangan ni je sibuk nak pengang kain, benang, jarum dah sekutu-sekutunya. 

Dla bela ikan, ada 4 baby ikan baru lahir.. mama ikan simpan dalam mulut :) :) sweet sangat

Masa ni lah pulun nota-nota.. Ya Allah syukur sangat sebab suka belajar cuma penyakit malas tu je suka-suka datang tak kira masa.. Nyah kamu "PEMALAS"

OKlah saja je taip entri ni.. Just nak exercise jari jemari nak siapkan note banyak-banyak untuk exam.. Doakan Dla ye kawan-kawan :) :)


3 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

lawa ny nota!
adel, angrah dekan bkn pointer mst 3.8 ka?

adilah md shah said...

dina!! hehe tu nota tgh rajin.. kalau malas 1 kaler je nota tu.. xsilap kite dekan 3.7... 3.8 utk 1st class degree after total semua pointer... nthla tu la yg dla tau.. kat kampus dina macam mne???

pengembara jalanan said...

salam sis, nak tanya kat mana boleh saya dapatkan kain velboa ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...