Saturday, July 30, 2011

korang rasa tak ek?


Assalamualaikum.. hi everyone.. petang-petang ni rasa nak menaip sesuatu yang santai. Dla tak pernah sekolah asrama sejak jejak kaki dari sekolah rendah sampailah habis sekolah menegah. Tapi Dla bukan manja ok. Dla seorang yang sangat-sangat berdikari ok. Dla paling sayang abah dan rumah. Ha dua perkara ni yang buat Dla tak masuk asrama ok. Lepas mak meninggal Dla yang uruskan rumah dan abah. Adik- beradik lain ada yang kerja jauh, dah berkeluarga. Adik-adik Dla pula Dla prefer dieorang duduk asrama sebab tak nak pelajaran dieorang terganggu dan tak nak dieorang rasa betapa susahnya menjadi surirumah seawal usia ..... (alamak tak ingat)... So adik-adik pergi belajar rajin2 ok.. kakak sayang kamu... sobs sobss.. T_T

Ha lepas keluar sekolah menengah memang niat Dla nak belajar jauh-jauh lah. Serius!! Kali ni nekad, sedih pun sedihlah. ha dapat pulak UITM Arau Perlis. Amek! nak jauh sangat betul-betul tercampak dari selatan ke utara. Tapi excited ok sebab cita-cita tercapai dapat pulak kos yang memang nak sejak sekolah lagi. Berganda-ganda seronok.. Tapi sekarang dah belajar kat Seremban. Tak jauh sangat kot dari Johor.

Ok Dla bukan nak cerita pasal belaja jauh ke dekat. tapi bila belajar jauh dari keluarga banyak perubahan ek. Terutamanya bila balik rumah... aishhhhh -_-"

apepun kite tetap cool kan ^_^
  • Bilik tidur dah rupa tempat peninggalan sejarah.. suram dan scary kot.. cadar tak berganti..yela mane ade orang nak tolong kemas.. 
  • No toiletries - maksudnya bukan tak ada terus tapi tak lengkaplah. Bilik air kat rumah ada 3, yang complete dengan kelengkapan cuma satu je (bilik air mak abah).. bilik air favourite kiteorang adik beradik tak ada benda pun. Yela jarang-jarang balik rumah. Kalau balik sediakan sendiri ok.
  • Ada benda tambahan yang tak sepatutnya muncul dalam bilik anda - ha yang ni confirm lah.. Yela lame tak balik tiba-tiba ada benda  baru kan berupa kotak ke barang ke apa-apa yang bukan kepunyaan kita. Sah-sah bilik kosong tak berpenghuni jadi tempat letak barang dah ala-ala stor. Tak berapa nak gemar ni~
  • Dah besar panjang nak main-main dengan abah dan abang-abang pun segan hihi ^_^ balik rumah masing-masing buat macam cool je.. 
  • Benda wajib kiteorang buat.. mesti gathering makan kat luar dan shopping bila semua pakat-pakat balik kampung berkumpul
  • Tak merasa lagi tidur kena selimutkan dengan abang. Dulu zaman-zaman sekolah menengah Dla suka tidur lewat bergelumang dengan homework dan study atas katil. Bila hujung minggu abang balik rumah tengok adik dia ni tertidur dengan buku-buku, tolong kemas-kemas, selimutkan dan matikan lampu... alahai so sweet la abang.. :) :) :) 
  • Gosip!! ha ni hal memang tak dapat nak dielak. Yela susah nak jumpa adikberadik semua dah besar-besar. Sekali-sekala jumpa berebut nak bukak cerita siapa paling best. Suka sangat sesi gosip adik-beradik ni.. hihihi (padahal dulu adik-beradik duduk sebumbung pun gosip tak penah habis).
sangat bagus bergambar tanpa Dla.. ish (along dan alang pun takde dalam gambar)
Hehe banyak lagi kot yang kita rasa lain bila duduk jauh dengan family ni kan kan kan.. masing-masing ada rasa perubahan sendiri. Tapi tu lah apapun sayang dan rindu Dla tetap ada, takkan hilang dan semakin menebal pulak tu. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...