Sunday, August 7, 2011

TUTORIAL: Senangkan gunting huruf? :)

Assalamualaikum, dah basi dah video ni Dla simpan. Ramai juga yang tertanya-tanya macam mana Dla gunting huruf-huruf ABC......dan lain2 dengan mudah tanpa print dan tekap. Sebenarnya senang je. 

  • Pertama kena yakin dan berani buat salah. salah takpe nanti cuba lagi ok. 
  • Kedua mesti tahu huruf blok.. Ala masa zaman sekolah-sekolah dulu cikgu pernah ajar tak buat huruf blog?? Basic thing untuk tulis-tulis kat poster atau lukisan.. Kalau tak tahu boleh tanya Pak Cik Google ye..
  • Ketiga, bila dah master huruf blok, at least rupa bentuk huruf tu la dah kira power la tu. Gunting dengan riang sehingga jadi macam huruf yang kita nak.. Senang kan ^_^
Jadi apa lagi, ambil gunting dan kertas dan mulakan!! :) :)

video


Ok..ok.. tak faham? kat bawah ni Dla tunjuk manual je la..

Sediakan sekeping kertas ikutlah ukuran yang kita nak, kalau nak huruf tu bersaiz besar, jadi besarlah kertas tu, kalau nak saiz huruf tu kecil, kecillah kertas tu ye..

Lipat kertas menjadi dua, untuk cari simetri atau garisan penanda. Tak kisahlah nak lipat tang mana pun asalkan ia dapat tolong awak semua untuk mudahkan lagi nak gunting huruf tu  :)


Dah lipatkan tadi? so bukak balik lipatan tu. Ha sekarang dah boleh agak-agak nak gunting tang mana. Mana tengah, tepi dah boleh adjust biar tak senget :)


Gunting dan gunting lagi :) sampai nak jadi huruf ye


Tada.... dah jadi huruf N.. senang je :) :)


Lepas tu boleh la buat huruf lain pula. Practise make perfect 



iluvcrafting:  Sekian tutorial dari Dla, next time buat yang lain pula, boleh request kalau nak.. yang penting kena berani mencuba, salah tak pe :) cara ini juga boleh diaplikasikan kepada huruf kecil dan nombor :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...