Wednesday, November 30, 2011

C.I.N.T.A

Assalamualaikum.. alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis entri di dalam blog Ilham Adilah. 

Tipulah jikalau Dla katakan Dla tidak pernah jatuh cinta. Dla manusia biasa tak mampu melawan fitrah. Rasa cinta itu tetap ada. Tidak kiralah cinta pada Allah, cinta pada ibu bapa dan keluarga, cinta pada haiwan, cinta pada barang yang kita sayang.. macam macam jenis cinta dalam dunia ni. Tapi apa yang Dla nak kongsikan ini adalah berkenaan cinta sesama manusia. Dla tidak mahu pergi jauh, cukuplah dengan hanya memandang cinta pada diri Dla sendiri. 



Cinta itu tidak pernah salah. Cinta itu indah dan suci. Namun manusia itu sendiri yang mencorakkan cintanya. Dla mengakui Dla pernah jatuh cinta kepada insan yang bergelar lelaki. Memang agak menyeksakan lebih-lebih lagi bila tahan-tahan perasaan ni. Hati ni macam terpanggil nak bagitau je perasaan tapi tak mampu. 

Baiklah.. kita selalu kan dengar, baca banyak sangat artikel cinta dan ayat-ayat cinta ni. Ok kita tolak yang merepek-repek. Kita ambil yang islamic-islamic punya. Serius kalau baca rasa sweet. Tapi nak memiliki seperti mana cerita atau quotation yang kita nak tu aisshhh~ payah kot. Yang Dla maksudkan payah itu adalah perjalanan nak dapatkan cinta baik-baik yang benar-banar jadi impian kita, tentu banyak cabaran.  

Kalau Dla lihat kawan-kawan yang dah ramai mendirikan rumah tangga dan bertunang, rasa seronoknya. Memanglah kehidupan suami isteri itu banyak tanggungjawab. Tapi dah terlepas dari maksiat kalau dah berkahwin. Untungnya, Sedangkan suami melihat isteri dapat pahala. Isteri menjaga suami dapat pahala. Dapat berkongsi rasa suka dan duka. Ya Allah Dla inginkan sebegitu. INsya Allah.. (p/s macam dah wajib kawin je ni hehehe)

Dla kalau suka someone ke mesti akan cerita kat kak ngah. Kak ngah ni macam mak sebab jaga Dla dan adik-adik sejak mak tak ada, so apa-apa semua bawah tanggungjawab kak ngah. Nanti kak ngah tau lah nak buat apa. Motivate, pesan macam-macam, siap refer kat abang-abang ipar dan adik beradik lain. Memang best hehe. Kadang-kadang kena polish lah apelah... tapi Dla ok kot. At least masih ada orang yang jaga dan nak beri perhatiankan. Dla tahu semua tu demi kebaikan Dla sendiri juga. 

Jika Dla mencintai seseorang yang dekat pada Allah. Dla tidak mahu menjadi seseorang yang melalaikan dan membuatkan dia jauh dari Allah. Insya Allah.

Jika Dla ditakdirkan mencintai seseorang yang perlu banyak bimbingan. INsya Allah Dla cuba betulkan diri Dla dan membawanya mengenal betapa indahnya islam itu. Tapi mesti banyak cabaran dan dugaankan lebih-lebih lagi Dla mudah goyah dan terpengaruh.. Doakan Dla.. INsya Allah..


iluvcrafting: Ya Allah sesungguhnya aku sedang memberi kebahagiaan pada orang lain walaupun aku tahu tidak semuanya manis dan aku sedang berduka..aku tahu Allah bersamaku dan Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.. Insya Allah..


Kalau nak bahagia.... BERI kebahagiaan pada orang.... ♥


Prof Dr Muhaya - Pakar Inspirasi - ~





2 comments:

Fikri H Fayahet said...

hehe...lain macam adel ni...

adilah md shah said...

hehe ape yg lain tu matyie.. meh cakap kat ak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...