Thursday, November 17, 2011

raya saya


Assalamualaikum.. entri lambat yang amat sangat tapi nak juga update. Blog IlhamAdilah ada problem tak boleh nak update apa-apa entri sehinggalah saat Dla menaip entri ni baru boleh.. Alhamdulillah :)


Buat pertama kalinya Dla tak balik raya kat kampung padahal rumah kat Johor je sebab kononya nak study kat kampus sebab tarikh peperiksaan jatuh beberapa hari selepas hari raya Aidil Adha. Sedih sebab tak dapat bersama-sama dengan keluarga. Keluarga Dla biasanya kalau sambut raya Aidil Adha dah macam raya Aidilfitri sebab tu Dla terasa sangat bila raya tak bersama keluarga.  Saat dengar takbir tu memang dah tak boleh cool. Meleleh air mata, nasib baik malam tu waktu berbuka puasa ada classmate Dla sorang sudi berbuka puasa bersama Dla. KFC pun layanlah kononnya nak makan nasi arab sebab mengidam tapi kedai tutup~ 

Keesokkan harinya, kami solat di Masjid Sikamat, rasa juga suasana raya haji tu. Rasa seronok sangat tapi tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Kami berlima, ada juga kawan-kawan kampus sama-sama ke masjid pagi tu. Pertama kali sambut raya dengan kawan-kawan macam ni. Sebelum ni tak pernah rasa so agak teruja sikit. :)

Lepas balik dari masjid jenuh kami pusing-pusing seremban nak cari tempat sebab tak breakfast lagi. Satu kedai pun tak buka~~~ cari lagi cari lagi... dalam minda masing-masing dah terfikir nak makan fast food je. Akhirnya drive sampai senawang makan kat food court tesco.. hak hak hak... layan jela sebab perut dah lapar. Food court tu pula baru je buka so kene tunggu pekerja masak lama juga. Sambil tu borak-borak tukar cerita sebab jarang dapat duduk sama-sama dan borak dengan junior ni.. eceh..

Pulang dan memulakan rutin harian seperti biasa.. Sambung studo = study sikit  + tido banyak.  Best juga raya dengan kawan-kawan ni tapi lagi best kalau dapat balik kampung.. Dla suruh kawan tapau sup daging, dah mengidam sangat nak makan. Malam tu ada kawan Dla bawak lemang dari rumah makan dengan rendang .. bestnya dapat jugak merasa air tangan ibu-ibu kat rumah. Alhamdulillah.. Tahun depan raya nak balik rumah!~





Terima kasih kak ton sebab berbuka sama-sama, pergi masjid sama-sama, breakfast sama-sama dan drive kereta.. wink2 >__<

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...