Saturday, May 12, 2012

07052012 :)


Assalamualaikum.. Alhamdulillah genap sudah umur Dla 22 tahun. Terima kasih atas ucapan 'in advance', selamat ulangtahun kelahiran dan ada juga yang 'belated birthday'. Terima kasih semuanya, Dla menghargai ucapan dan doa kalian. 

makan nasi lemak ayam pandan ^^

ayam die balut pakai daun pandan.. sedap Alhamdulillah

satu kelas makan sama-sama.. Anwar belanja.. terima kasih ^^

cantikkan kek besday ni :)

yummy!! :)

owh.. terima kasih untuk aiskrim jugak.. (saya sgt gile makan eskem)

roomate bagi 

dapat kain baju kurung :) tq so much

so cute ><

coklat.. ok suke sgt2!

petang 7 mei tu ada seminar transformasi guru.. 

classmate Dla makan sepah2 hehe ^^

kejap je fokus lepas tu main2

malam tu main bowling 


dah lama nak pegi main bowling, baru ada masa


Bagi Dla 22 tahun itu satu usia yang agak dewasa juga. Dah boleh berfikir baik buruk untuk diri sendiri dan orang lain. Kena lebih berdikari dan pandai menguruskan diri. Tak boleh lagi nak main-main sangat dengan hal-hal yang serius. Perlu latih minda, hati dan diri berfikir untuk jangka masa panjang dan pendek demi kebaikan semua. Tak boleh tinggal perkara wajib, dan memperbanyak amalan sunat. Sebagai muslimah, perlu bersyukur dilahirkan sebagai muslimah dan sentiasa mencari dan ingin meraih cinta yang Agung. 


Selamat hari lahir 22. Moga benih keimanan yang tertanam didasar hati disirami dengan zikrullah yang senantiasa basah di kalamMu, dibajai dengan kebesaranNya yang selalu direnungkan dalam apa jua masa dan keadaan pun, benih-benih kejahatan yang datang mengganggu cuba berakar umbi dibenih keimanan lantas dicantas dengan acap kali beristighfar dan bertaubat dengan taubat nasuha. Moga benih keimanan itu terus hidup subur hingga mengeluarkan tunas yang suci lagi murni dan dapat dikembangbiak dengan tunas yang cantik nan indah lantas dapat melahirkan benih-benih yang dapat menegakkan kalamNya tanpa penghujung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...