Assalamualaikum.. seperti yang Dla janjikan Dla akan update tutorial nak buat felt brooch yang awesome ni. Lagi besar, lagi banyak kelopak lagi cantik, tapi kali ni Dla akan ajar yang basic je ok.. 4 kelopak sajo :) Sorry tak dapat buat tempahan sekarang, fokus pada sekolah. Thats why tutorial ni wujud :p baiklah bahan- bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
-felt / fabrik yang bersesuian
-benang
-jarum
-gunting
Langkah 1
Firstly, korang kena sediakan felt yang telah siap digunting bulat macam ni ha.. xkisahlah saiz nak besar mana. Yang Dla buat ni dalam 4-5cm sebab Dla buat brooch saiz besar, kalau nak kecil so kecilkan lagi saiz bulatan tu ea..
Langkah 2
Lepas tu, kalau nk brooch yang ada effect yang cantik selepas dijahit, korang gunting la tepi-tepi dia macam bunga. Kalau nak bulat je pun boleh. Next time Dla update macam mana nak gunting bentuk bunga macam kat atas ni dengan cara paling mudah, cepat dan macam xsangka ada cara macam tu.. hehe
Langkah 3
Ok sekarang dah nak masuk fasa melipat, mula-mula lipat 2 macam kat atas tu.
Langkah 4
Lepas dah lipat 2, lipat lagi sekali. Senang kata lipat 4 la, jadi macam bentuk kon / segitiga. Ha senangkan u'olls :)
Langkah 5
Fasa menjahit. Felt yang korang lipat macam kon tadi letak atas felt lain yang bertindak sebagai lapik bahagian bawah. Ni nak memudahkan korang jahit dan padang pin kat belakang dia nanti. Ok?? Dapat tangkap tak sampai step 5 ni?? kalau tak dapat korang kena fahamkan dari step 1 balik hihi :p
Langkah 6
Korang jahit je bahagian bucu yg segitiga tu ok, tak payah nak susah-susah jahit semua bahagian.
Jahit ketat-ketat sikit supaya nanti tak tertanggal kelopak brooch tu.
Langkah 7
Lepas dah siap jahit satu kelopak, jahit lagi kelopak lain. Nak buat satu warna boleh, nak mix banyak warna pun boleh.
Langkah 9
OK dah siap pun jahit empat kelopak bunga. Ha senangkan. sekarang ni korang tarik dan kemaskan kelopak bunga tu supaya kembang mekar dan cantik apabila dipakai ^^
Langkah 10
Tara~~!!!! inilah hasilnya :) nice kan.. nanti jangan lupa jahit atau tampal pin kat bahagian belakang bunga tu, ok selamat mencuba :) tak faham boleh tanya
Iluvcrafting : Lepas dah expert boleh jahit banyak2.. :)
11 comments:
hai adilah..
salam kenal dr SRC..
saya datang sini dan follow.suka sangat tengok blog awak ni terutama cara buat brooch tu..sudi la singgah dan follow blog saya ya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com..tq
Bbwana adienia... terima kasih :) banyak lagi tutorial tak masukkan.. belum berkesempatan.. inshaa Allah saya akan update blog nnti.. terima kasih sekali lagi :) :) saya akan berkunjung je dapur jiranku berasap ^^
Sis bt fabrik apa
Sis bt fabrik apa
ilah anis.. ni guna felt..
felt ada macam2 jenis.. yg ni acrylic felt :) cubalah :)
Akaaak. Nt akak buat tutorial mcmana nak gunting bentuk bunga mcm kat atas tu ek? :D hehehe
Hye akak Adilah. Comelnyeeee.. nak try buat satu, eh :D
hye auni & ameera.. :) tak perasan komen auni & ameera..dah lama dah.. owh nak gunting bentuk bunga tu ye.. nanti sy buat tutorial ek.. tapi xsure bila.. inshaa Allah.. :) :) senang je :)
Hm.. nice.. dla kalu sy guna fabrik dri jnis kain boleh tak?? :-)
Cantik.
Post a Comment