Tuesday, April 30, 2013

PRU 13

Assalamualaikum, saya Adilah Md Shah. Saya merupakan salah seorang insan daripada ribuan warganegara Malaysia yang sudah layak mengundi pada PRU 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013. Ini merupakan kali pertama saya bakal mengundi. Menjadi generasi yang bakal mengundi di saat politik sedang bergelumang dengan pelbagai masalah, fitnah,  mencarut ntah apa- apa memang satu perkara yang memeningkan kepala tambahan pula saya mempunyai sikap ambil tahu terhadap isu semasa. Namun sebagai generasi muda pada hari ini, saya kira mereka yang sezaman dengan saya sudah mampu berfikir. Anda sendiri dapat menilainya. 

Siapa tak sesak dengan caci maki sana sini. Tidak kiralah pembangkang ke kerajaan ke.. yang penting kita sebagai orang2 Melayu dan Islam sila jaga hubungan. Jangan sebab politik hancur binasa. Agak2 rasa nak mencarut tu apa kata istighfar. Adakalanya generasi muda mendengar kata generasi yang lebih veteran. Namun adakalanya generasi veteran perlu juga mendengar pandangan generasi muda. 


Saya yakin ramai generasi muda di luar sana menyampah dengan perbalahan politik di Malaysia ni. Analoginya seperti kanak-kanak bergaduh merebut permainan. Maaf kata, saya masih mentah bab politik, dengan usia yang belum menjangkau 23 tahun. Namun inilah kata hati saya. Banyak yang perlu saya pelajari. Meskipun ramai generasi muda bangkit dan cenderung menyertai politik namun saya risau kerana masih ramai jiwa2 generasi muda menjadi 'kosong' dan mempunyai sikap tidak mahu campur tangan sedikit pun urusan politik negara dek kerana "buat pening otak nak fikir".  (faham2 lah maksudnya)


iluvcrafting: Saya sayangkan agama saya, saya sayangkan negara saya, saya sayang generasi saya, saya sayang Melayu..




No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...