Aku masih belum terlambat untuk memilih
Aku buta pada nama
Aku buta pada agama
Suluhkan aku jalan yang benar Ya Allah
Aku masih belum terlambat untuk memilih
Antara kehendak Allah
Antara kehendak manusia
Antara kehendak mereka
Antara kehendak diri sendiri
Sedangkan aku tahu
Kehendak Allah itu yang utama
Wahai hatiku yang berbolak balik
Aku masih belum terlambat untuk memilih
Kerana aku mampu mencari perbezaan
Kerana aku nampak persamaan
Dan aku perlukan pertolongan
Aku belum terlambat untuk memilih
Dunia, akhirat
Atau keduanya
Aku belum terlambat untuk memilih
Antara hak dengan batil
Antara satu hati atau beribu-ribu jiwa
Antara kejam atau terpaksa
Aku manusia lemah
Sentiasa damba pertolonganMu
Sentiasa mengharap kasih sayangMu
Sentiasa mengharap keredhaanMu
Aku perlu sedar
Aku belum terlambat untuk memilih
Bantulah aku agar tidak mensia-siakan peluang yang berbaki
Kerana aku tahu
Di akhirnya aku sudah terlambat untuk memilih
...... CINTA@HARAPAN.....
No comments:
Post a Comment