Sunday, July 14, 2013

penyediaan buku rancangan mengajar


Assalamualaikum... ramai kawan-kawan Dla yang dah nak mula praktikum esok bertanya apa nak kena sediakan dalam buku Rancangan Mengajar. ok ni sedikit sebanyak yang dapat Dla bantu. Maaf banyak kekurangan, mungkin berlainan format ke. Ini berdasarkan apa yang Dla telah buat semasa praktikum-praktikum lepas. Sekadar perkongsian dan beri idea bagi yang 1st time nak ke sekolah.
  1. Sediakan buku Rancangan Mengajar (wajib). Sebab ni lesen kita untuk mengajar. Di dalam buku Rancangan Menangajar terkandung :
  • Jadual waktu persendirian
  • Sukatan pelajaran (SP)
  • Huraian sukatan pelajaran (HSP)
  • Rancangan pengajaran tahunan (RPT)
  • Rancangan pengajaran semester (RPS)
  • Rancangan Pengajaran Minggu (RPM)
  • Rancangan pengajaran harian (RPH)
  • kat bahagian belakang buku rancangan mengajar bolehlah tulis nama pelajar (kelas yang anda mengajar)

**Tips :
  • untuk nampak kemas buatlah divider ke, partition ke, envelope ke, supaya nampak sistematik dan mudah dilihat.  
  • Kalau HSP atau RPT tu tebal sangat nk masukkan dalam buku Rancangan Mengajar. Korang boleh ambil yang penting-penting je. Misalnya korang ajar Tahun 5 Bab Kekuatan dan Kestabilan, ambil HSP atau RPT tajuk tu je masukkan dalam buku Rancangan Mengajar. Korang kecilkanlah saiznya, fotostat ke, lipat ke. J Kalau tebal-tebal nanti terkangkang buku Rancangan Mengajar korang.
  • Sentiasa update buku Rancangan Mengajar. Siapkan RPH sebelum kelas yang kita nak masuk mengajar tu ok J
  • Hantar buku RPH untuk ditandatangani oleh Guru Besar / Pengetua




2. Sediakan folder / portfolio / senang kata fail. Untuk masukkan butir-butir yang dikehendaki oleh     pihak praktikum. Ini juga akan memudahkan kerja korang. So kalau ada minit mesyuarat ke,           maklumat sekolah, latihan pelajar  dll boleh masuk sini.

**Tips :
  • Isi kandungan untuk folder ni ikut la tempat pengajian masing2. Kalau IPG dah ada senarai apa yang perlu dimasukkan dalam folder. Kalau Universiti yang ambil pendidikan, korang mesti ada senarai isi kandungan sendiri kot.. rasenye la..
  • Ha jangan lupa! Buat juga divider supaya nampak kemas, mudah nak cari bahan dalam folder dan sistematik.
  • Mana-mana huraian sukatan pelajaran yang tebal ke atau maklumat yg tebal sangat nk masuk dalam buku Rancangan Mengajar tak muat. So korang boleh masukkan dalam folder.


Kat bawah ni gambar contoh :


Jadual waktu persendirian 

Sukatan pelajaran 

Diikuti dengan huraian sukatan pelajaran 


Lepas tu rancangan pengajaran tahunan pulak. Selalu yang ni boleh dapat kat sekolah


Ni kalau korang ajar lebih dari 1 subjek, buatlah divider lain untuk isi SP, HSP, RPT untuk subjek lain 







Lepas tu korang sediakan la Rancangan Pengajaran Semester pulak macam gambar bawah ni. 
Untuk RPS ni korang boleh je letak susunan dia selepas RPT.




Next, jangan lupa letak divider minggu-minggu bagi nampak kemas sikit. 
Tak nak letak pun xpe lah kot.


Lepas divider minggu tu korang buat Rancangan Pengajaran Mingguan tau (RPM).
Maksudnya planner minggu tu la, ape yang korang akan ajar, kelas mana, bila & so on lah~



Lepas dah siap RPM tu barulah korang start buat Rancangan Pengajaran Harian  :) 



Kalau Dla suka lekat latihan atau contoh apa yang murid perlu hasilkan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Lekat lepas RPH. 



 Kalau IPG kena buat refleksi pengajaran lepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran.


Habis refleksi , korang boleh la buat divider minggu baru, RPM  dan RPH untuk minggu depan pulak.
Dan seterusnya. macam tu la.

Oklah ni je kot. Nanti yang lain-lain boleh tanya lagi. Maaflah korang, tak pasti IPG dengan U punya sama ke cara penyediaan buku Rancangan Mengajar. Ini sekadar perkongsian pengalaman 3 kali praktikum di IPG. Gudluck korang.. sorry gambar xclear, snap laju-laju.

Specially for kawan2 yang kat universiti yang dah nak mula praktikum dan bertanya apa kena buat dengan buku Rancangan Mengajar. Maaf terkurang  J menaip dalam kadar 5 minit sahaja. Selamat berpraktikum ^^


1 comment:

Anonymous said...

Tumpang tny. Mcm mne nak buat analisis jadual waktu tu kat bku rph tu? Lme dh cari kat Google x jmpe2 :D thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...