Sunday, November 24, 2013

Viva'13 Sains:Seminar Penyelidikan Tindakan


Assalamualaikum lama sangat tak update blog.. Dla dah tamat pengajian di IPG pada 15 November yang lalu :) Alhamdulillah. Dla baru berkesempatan nak berkongsi tentang Seminar Penyelidikan Tindakan kelas Dla PISMP Sains. Seminar ini adalah sebahagian program wajib yang diadakan bagi membetangkan hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh semester 8. Ia juga sebagai syarat untuk menamatkan pengajian peringkat ijazah. Setiap unit/kelas boleh memilih dan menguruskan seminar penyelidikan di mana sahaja mereka mahu. 

Seminar Penyelidikan Tindakan Sains Pendidikan Rendah ini telah diadakan pada 1-2 Oktober 2013 dan sebulan lebih bru nak share.. hihi.. Kami satu kelas sebulat suara mengadakan seminar ini di Glory Beach Resort Port Dickson (sebelah GrandLexis idaman semua.. owh~). Secara tak langsung bukan sahaja seminar malah merangkap percutian kami satu kelas. kami check in pada 31 September, mengemaskini dan membuat rehearsal akhir sebelum majlis bermula pada keesokkan harinya. 


 






1 Oktober 2013 : Hari pertama Seminar Penyelidikan Tindakan

Pagi itu, pendaftaran dibuka bagi para pensyarah dan peserta seminar. Peserta seminar terdiri daripada 24 orang pelajar iaitu kelas kami sendiri. Pembentangan hari pertama akan dimulakan dengan majlis pembukaan. Setelah itu pembentangan sidang 1 dan pada sebelah petang adalah pembentangan sidang 2. Dla bertugas selaku pengerusi majlis (maka banyaklah praktis sebab Dla ni pelat sikit & selalu tersyasyul) hihi

Pendaftaran 

Majlis bermula. masa ni dah mula berdebar-debar

Our Ketua Jabatan, Penyelaras Kajian Tindakan & Pengarah Seminar
(kesayangan semua ni)

Hei itu pengerusi majlis! hihi

Khusyuk mendengar amanat Ketua Jabatan ^^

Penyampaian cenderamata ^^


Panel penilai sidang 1 : Dr Zainol Badli & Tn Hj Che Azmi


Ika & Kak ida


Pembentang sidang 1 : Kak Fatim, Shikin, Atiq, Along, Fahmi & Zahidan  :)


Panel penilai sidang 2 : Dr. Rosmidah & Pn. Hjh Rugayah

Pembentang sidang 2 : Nurhidayah, Kak Janah, Ifah, Anwar, Pokdin & Farhi


2 Oktober 2013 : Hari pertama Seminar Penyelidikan Tindakan

Pagi sebelum sidang 3 ada key note speaker oleh pensyarah cemerlang Dr Maridah. Sidang 4 pula adalah pada sebelah petangnya. 

Panel penilai sidang 3 part 1 : Dr. Maridah & Pn Asmah

Panel penilai sidang 3 part 2 : Dr. Nor Aniza & Tn Hj Rasid


Pembentang sidang 3 : Fairuzi, Kak Yan, Kak Ton, Kak Ida, Ika & Matyie

Panel penilai sidang 4 : Pn Fathaiyah & Dr. Faridah


Pembentang sidang 4 : Mek, Hani, Adi, Syah, Adel (Dla) & Sol


Dla adalah peserta ke 23 dari 24 iaitu sidang keempat. apa yang menjadi kerisauan bila semua orang dah penat dan bagaimana Dla nak menarik perhatian untuk orang mendengar apa yang Dla cuba sampaikan. belum pernah rasa nervous sampai tak boleh cakap masa malam sebelum pembentangan tu. Call adik beradik, call abah. Ada masanya orang yang talkative pun boleh jadi macam ni ek. serius rasa nak menangis pun ada.. Jadi pengerusi majlis cool je tapi nk pembentangan boleh jadi nervous. Alhamdulillah Dla rasa keyakinan tu datang balik asa sampai turn pembentang sebelum Dla. Masa tu dah datang dah perasaan excited nak bentang lagi2 bila ada microphone suke sangat haha.. Kan betul bila sampai turn Dla banyak benda nk cerita rupanya, hilang semua nervous. Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Hebat kawan-kawanku semua, kajian tindakan tip top internationale. :) :)

Science Sensei : Last Minute Champions


Gugurls ^^

Nampak tak muka nervous.. haha

Konon cool tapi nervous.. menyampah! tak pernah2 nervous tiba2 nervous hehe

Dr. Zailah inspirasiku.. sangat hebat!


Petang tu majlis penutup, malam tu kami ada BBQ tepi pantai. Best sangat!! santai.. sejuk.. happy.. ribut.. hujan lebat.. luck draw.. banyak makanan sebenarnya malam tu tambahan pulak classmate lelaki kebanyakkannya pandai masak memang terbaik  :) 




masing2 dengan hadiah lucky draw yg pelik2 hihi :)


Keesokkan harinya sebelum pulang :)

iluvcrafting: byk lagi gambar2 yg superb2 tp berat sangat nak upload.. next time Dla sambung la.. kalau rajin hihi :)

1 comment:

Blog27999 said...

If you're looking to lose kilograms then you absolutely have to start using this totally brand new tailor-made keto meal plan diet.

To create this service, licensed nutritionists, fitness trainers, and chefs united to develop keto meal plans that are useful, painless, economically-efficient, and fun.

Since their grand opening in 2019, hundreds of clients have already completely transformed their figure and health with the benefits a good keto meal plan diet can give.

Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones provided by the keto meal plan diet.

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...