Sunday, February 15, 2009

terkenangkan family

terasa pipi dla disentuh seseorang.. rupenye ira classmate dla dtg untuk memastikan demam dla telah kebah.. terkejut..terus saje bersandar di tepi katil. termenung jauh... atiqah pula sedang mengesat2 air mata.. rindu ayah katenye.. dla yang masih bersandar terus khayal dengan dunia sendiri. satu persatu wajah2 keluarga tersayang bermain di fikiran. jasad bersandar di tepi katil, fikiran dah melayang jauh ke johor. rindunya pada abah, kakak dan abang. tapi rindu lagi pada emak yang lebih jauh di sana. selembar demi selembar memori ketika bersama emak tersingkap. dah lebih lima tahun tak rasa belaian mak. kerinduan yang datang tak dapat digambarkan. hanya air mata yang mengalir. "Ya Allah.. dla telah hilang satu nikmatMu... nikmat yang tak terhitung nilainya.. nikmat kasih sayang seorang ibu.." kadang2 terasa cemburu melihat sahabat2 lain yang masih mempunyai insan yang bergelar ibu..tapi cemburu bukan boleh menggantikan mak yang dah pergi untuk selamanya. hanya doa yang dla kirimkan bagi menyatakan ape yang terbuku dalam hati. Ya Allah tempatkanlah ibuku di kalangan hamba2Mu yang beriman Ya Allah..

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


malam tu, selepas study biology,dla pun contact adik beradik dan abah dla.. segan sebenarnya nak menyatakan rindu dan sayang, tapi ape kan daya. itulah hakikat. nak tak nak bagitahu jugak ape yang terbuku. kalau dengan kakak atau abah tentu saje mereka faham. bile sampai turn call abang, cakap rindu. abang terus ketawa besar, mungkin abang terfikir adiknya yang sorang ni macam ade something wrong je. ape pun kerinduan tu terubat. dan dengan penuh gembira dan rasa kesyukuran, dla dapat study semula dengan lebih fresh dan tersenyum.. Alhamdulillah.



1 comment:

Eis said...

Dila kne lh brsabar....i2 sume dugaan Allah kpd hambany yg lemah ini....jd dila kne tabahkn hti dan jiwa k....gud luck 4 exam... :-)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...