Wednesday, January 20, 2010

adik-adikku sayang




Walaupun dari Seremban nak ke Batu Pahat boleh ambil tiket tiap-tiap minggu nak balik kampung. Tapi Dla tak ambil peluang itu untuk balik ke kampung pun. Disebabkan itulah Dla jarang jumpa adik-adik Dla. Lagipun Fatin dan Seri, kedua-duanya bersekolah disekolah berasrama. Jadi memang peluang nak berjumpa tu tipis kecuali apabila cuti persekolahan yang agak makan beberapa hari.


Fatin dan Seri tahun lepas menduduki peperiksaan besar. Fatin SPM, Seri pula PMR. Takkan wish semoga berjaya dengan tangan kosong je. Jadi Dla buatkan kad yang tak berapa besar saiznya. Simple je, boleh buka lipatannya jadi bookmark. Kan adik-adik Dla rajin baca buku, kononnyalah, jadi selitlah kat mana-mana yang Fatin dan Seri suka. sebagai tanda ingatan dan inspirasi dari Dla.


Kak Ila doakan Fatin dan Seri berjaya dalam pelajaran, buat yang terbaik, semoga lebih berjaya dan maju kelak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...