Wednesday, January 20, 2010

three little cat


Dla diserang kebosanan lalu tercetus pula idea untuk hasilkan kad yang ada tiga ekor kucing yang pelik ni. Sebenarnya Dla rindu kucing-kucing Dla, sangat-sangat rindu. Semadikan saja rindu itu di atas sekeping kad.

Dla sempat lagi tunjuk kad ini kepada Hanef, anak sedara Dla yang berumur 3 tahun, hasilnya, Hanef menyebut perkataan "KUTHENG". Faham benarlah Dla, kucing yang dimaksudkannya. Berbunga-bunga hati ni, risau juga bakal penerima kad ni tak dapat teka rupa bentuk apakah itu. Kata Kak Ngah, asalkan ada telinga. Bolehlah tu.


Dla belum fikirkan penerima kad ini. Mungkin Dla akan berikan saja pada classmate Dla yang menyambut hari lahir pada bulan satu 2010.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...