Saturday, February 20, 2010

hp case untuk roomate




Assalamualaikum, bulan Februari ini dah mula assignment diagihkan kepada pelajar. Masa Dla pun bertambah padat, tambahan pula sepanjang cuti bulan ini Dla habiskan dengan latihan dan pertandingan Debat Terbuka Astar di Universiti Malaya.

Kadang-kadang bila terlalu fokus pada assignment dan debat, Dla agak bosan. Dan apabila kebosanan menjengah mulalah Dla keluarkan idea-idea kreatif yang tak berapa nak kreatif ni. Tempoh hari Dla ada siapkan anniversary card, kesian pula Dla tengok roomate Dla, Kak Fatim diam dan tak berani tegur. Jadi Dla pun jahitkanlah satu chasing telefon bimbit untuknya. Kebetulan pula, roomate Dla baru beli telefon bimbit baru. Memang kenalah tu.


Mula-mula nak jahit chasing guna felt paper, tapi rasa nipis sangat, kalau nak tindih dengan span nanti macam tak lawa pula. jadi Dla gunakan foam paper, extra protection. Kesat dan kalau jatuh pun insya Allah telefon bimbit tu selamat. Semacam ada daya penyerapan gitu. cewah..

Dla jahit simple je, roomate Dla suka. Dla pun suka.


2 comments:

nurul said...

hai.. nk tempah jgk boleh???

adilah md shah said...

nurul.. sekarang sy stop bt case.. kalau nk order jugak sy boleh bgtau crafter2 lain sape2 boleh amek order awk.. add fb sy untuk keterangan lanjut :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...