Sunday, February 28, 2010

muhasabah atau prejudis?


Dla tak tahu mengapa hati Dla kurang tenteram. Mungkin tempoh masa yang Dla beri buat diri Dla sendiri semakin tiba dipenghujung. Dla tidak tahu samada ini muhasabah atau prejudis penuh makna. Sedikit kecelaruan mengundang Dla untuk meluahkan sesuatu yang telah lama Dla simpan. Bukan menyimpan untuk untuk dijadikan alasan tapi untuk belajar menerima sesuatu yang baru dan menilai dari sudut positif.

Dla akui Dla bukanlah seorang yang pandai berkawan, terbiasa dengan hidup bersendirian lebih mudah dan tenang buat Dla. Namun Dla perlu memandang kepada situasi Dla hari ini, sekeliling Dla penuh manusia bernama kawan yang setiap daripada mereka berbeza dan tiada yang sempurna. Dla kena faham itu.

Dla bahagikan situasi Dla kepada dua.

1. Dla berkawan dengan mereka yang jauh cara hidupnya dengan Dla, sangat sosial dan menyertai kumpulan-kumpulan tertentu. Pandangan masyarakat itu negatif begitu juga dengan Dla pada awalnya. Namun begitu mereka sangat baik dan setiakawan mereka sangat kuat. Mereka tidak pernah mempengaruhi hidup Dla walaupun mereka berkawan dengan Dla apatah lagi meminggirkan Dla walaupun Dla bukan daripada golongan mereka. Jauh sekali. Mereka faham dan hormati cara Dla, meskipun tak semua yang mereka buat itu betul tapi mereka boleh menerima dengan baik apa yang Dla luahkan dan lahir dari hati Dla mengenai mereka.

2. Alhamdulillah, kawan-kawan Dla hadir dari keluarga yang baik-baik didikannya. Persahabatan yang berlandaskan agama. Masing-masing menjaga ukhwah dan tali persahabatan yang terbina. kongsi masalah, seperti adik beradik. Ilmu mereka Dla kagumi. Kalau mahu laksanakan sesuatu kebaikkan, buat bersama-sama. sentiasa ingat mengingati ke arah kebaikan dan diredhai Allah. Namu begitu, sebaliknya, ada yang beri keyakinan dan kekuatan tapi akhirnya mereka sendiri yang buat Dla lemah dan kurang hormat dengan mereka. Patah semangat yang berterusan dan akhirnya mati ditengah jalan. Terkial-kial Dla nak teruskan arah tuju yang masih lagi mentah dan dalam proses mempelajari sesuatu. Ada yang buat Dla percaya pada ukhwah dan akhirnya mereka sendiri yang buat Dla hilang kepercayaan itu.

Dla bukan mahu meninggikan atau membuka aib mereka (kawan-kawan Dla). Tapi itulah hakikat yang Dla rasa. Jangan sampai Dla hilang kepercayaan kepada mereka. Mungkin selepas ini Dla akan jadi lebih universal dalam berkawan, mungkin juga tidak, kerana bila kita sendiri, kita sunyi tapi sunyi itu buat Dla tenang, jadi tidak mengapalah.

Sebab itulah Dla pentingkan aspek menjadi diri sendiri. Bukan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang sekeliling. Dla tinggalkan penulisan malam ini dengan persoalan yang Dla sendiri tidak mampu untuk menjangka titik pengakhirannya. Mungkin bagi mereka yang tidak mengalami, mereka tidak faham. Namun disebalik mereka yang mengalami hakikatnya pedih.

"aku tidak mahu menjadi prejudis, tapi mereka memaksa fikiranku menjadi prejudis, kerana aku xsebaik mereka..xmengapa"

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...